Revisiting Cinema #09 : Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas (21)

Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas adalah satu gabungan idea yang menarik, mengambil dan mengunakan peradaban kisah cinta kanak-kanak zaman sekolah dengan menulis surat cinta yang dijadikan kek apam dan disulamkan dengan filem aksi Indonesia era tahun 80-an dengan bajet rendah yang menyentuh isu semasa dan kritikan licik terhadap seksualiti dan maskuliniti toksik komuniti setempat melalui iklan di belakang bontot lori.

Seperti Dendam, memberi satu bahagian penghormatan kepada era filem Hong Kong, melodrama tahun 1980-an, ini adalah satu filem baharu dari terajutama Edwin dan ianya dapat dilihat jelas di babak ketiga, walhal keseluruhan sudah ada bau-baunya.

Dari segi estetiknya, filem ini cuba memberikan satu rasa dan rupa retro, dengan kerja kamera yang baik dengan kerja pementasan yang kreatif. Dunia Ajo nampak seperti hidup subur, kumuh dan organik, setting kehidupan Ajo dipenuhi dengan lorong-lorong yang dibarisi jalan yang menurun dan memanjat, dipenuhi sampah yang sangat berbeza dengan pemandangan kota raya yang malamnya berkilat dan direndam neon. Naturalisasi kehidupan. Manusia yang hadir tidak mungkin akan lupa nikmat berada di situ, walau ia akan lupa namanya.

Terajutama Edwin tidak mengunakan kiasan dan cuba secara literal menggambarkan babak keganasan dan seks. Filem ini menyentuh garis antara eksploitasi dan pastiche dengan sempurna dan tidak cuba untuk berlebih lebih memberi nikmat kepada penonton. realiti adalah kebenaran dan terajutama cuba mendalami salah satunya.

Sesetengah khalayak mungkin merasa kenapa perlu ada penukaran nada dan tona cerita dan percampuran genre tetapi akhirnya terajutama melukiskan gambaran yang unik. kreatif dan ianya membuat mereka yang pernah berada di zaman 80 rindu dan mahu kembali ke zaman itu.
Walaupun Seperti Dendam menjanjikan banyak perkara, ia sebenarnya tidak pernah menyampaikan apa pun pada mana-mana ideanya.

Ia seolah tidak komited sepenuhnya kepada jalan cerita terutama di babak dimana patut menonjolkan budaya dan seni perkahwinan yang jelas di babak pertama filem itu. Babak ini kalau diteliti mampu memberi kesan yang lama untuk dijadikan bahan diskusi antara pemikir filem. Lagu latar di babak ini juga memberi igauan kepada sesiapa yang tahu dan pernah dengar.

Di samping itu, ia juga kehilangan rentak di babak kedua, gagal mencipta melodrama dan terlalu serius mengangkat sketsa balas dendam antara kedua watak. satu kecewa kerana dikhianati, satu kecewa kerana tewas di goda sang durjana, namun yang dikhianati belajar tentang hidup dengan manusia yang hilang pancaindera. Mankala yang digoda berjanji melunaskan hutang dan menerima segala hukuman. Disini dah boleh tahu akhiran cerita.

Walaupun ianya nampak seperti komedi gelap, nada dan rentak yang tidak konsisten menyukarkan untuk menentukan apa yang dimaksudkan, adakah untuk menakutkan, atau dimaksudkan untuk ketawa.
Bagaimana pun, menonton Seperti Dendam, ada kisah yang dekat boleh dirasai dan sinema ini mengajar sesuatu.

Untuk lelaki, jika burungmu tidak keras seperti batu, masa depan mu pasti gelap walau kau punya beribu awek di keliling pinggangmu kecuali satu yang mencintaimu bukan kerana burungmu...
Maka cintailah yang mencintai, dan tunggulah cintamu kembali walau seribu hari kau hitunglah segala hukuman yang kau cipta sendiri...

K U T U N G G U J A N J I M U . . .
#revisitingcinema
#senimanjalanan


Ulasan

Catatan Popular