Rambutan Indah

Sewaktu pertama kali aku masuk belajar dalam kelas seni pengarahan. Inilah filem pendek pertama yang dipertontonkan kepada aku. Aku amat gemar menonton filem animasi sebelum itu sebagai pengisi waktu lapang aku dan kerana penceritaan animasi amatlah mudah untuk dihadam, namun selepas menonton filem pendek ini, rupanya setiap penceritaan itu ada lapisan yang perlu dibaca tujuannya.

Aku belajar dan semakin faham, dalam animasi pun banyak tujuan penyampaian dalam penceritaan walau ianya mudah untuk dihadam.

Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku di Tanjung Rambutan - A Film by U-Wei Haji Saari

Ulasan

Catatan Popular