Holiday Plaza



Julio seorang penari hip-hop yang terlibat dalam pergaduhan dipenjarakan selama 12 bulan. Pada hari Julio menamatkan hukumannya, Sam dan Jon menjemput Julio dari penjara. Sam dan Jon memberitahu Julio tentang Fadel yang telah mencabar mereka berentap.

Julio bertindak untuk mencari Fadel di Holiday Plaza bersama Sam dan Jon. Ketika di Holiday Plaza, mereka telah memasuki Pasaraya Parkinson dan menghabiskan masa mendengar lagu lagu hip-hop terbaru. Sam dan Jon mengucar kacirkan keadaan apabila mereka mencuri sebuah kaset dan kegiatan mereka mendapat perhatian jurujual yang bermata kero. Jurujual itu telah memaklumkan kepada pihak keselamatan. Sam dan Jon hilang menyelamatkan diri meninggalkan Julio sendiri.

Melihat keadaan yang kelam kabut, Julio dengan tenang pergi ke sebuah kedai permainan konsol dan berpura pura ingin membeli. Pihak keselamatan dan Jurujual bermata kero itu seperti hilang arah apabila Julio terdengar mereka berbalah sesama sendiri. Julio mengambil kesempatan untuk beredar secara senyap namun keadaan tidak mengizinkan kerana pihak keselamatan membuat pemeriksaan rapi. Julio terpaksa memikirkan jalan keluar. Akhirnya dia meninggalkan kaset yang dicuri Sam dan Jon di sebuah bilik persalinan. Julio dengan selamba keluar setelah diperiksa pengawal keselamatan pasaraya.

Setelah selamat keluar dari Pasaraya Parkinson, Julio mencari Sam dan Jon. Julio bertemu mereka dan mereka sedang seronok bergelak ketawa sambil menikmati Mc'D. Julio dengan hati panas, melompat dan menikmati Mc'D Sam dan Jon. Sam dan Jon terkejut namun tidak berbuat apa apa. Usai menikmati Mc'D, Julio didatangiseseorang dari ahli kumpulan Fadel dan memberitahu bahawa dia dan ramai lagi ahli kumpulan Fadel ingin menyertai Julio kerana Fadel telah dibelasah teruk oleh sekumpulan pekerja bengkel. Julio akhirnya berjaya menawan arena hip-hop di bandar JB.

Ulasan

Catatan Popular