Asam pedas kurang asam , Satu.

menonton filem ini dari panggung wangsa walk selama 3 hari berturut dan dibawa ke panggung di mahkota parade selepas turun dari puncak ledang tidak banyak mengubah perspektif aku bahawa filem ini adalah pembukaan wayang yang baik bagi tahun 2012 namun seperti yang aku beritahu, menonton filem ini seperti menikmati asam pedas yang kurang asam, tapi pedasnya terasa.


Fan Art Sketch dari blog http://azharsketch.blogspot.com/
Aku juga ada menyatakan bahawa filem ini mengunakan tiga asas pembikinan filem iaitu  dan  Jadi ini sudah semestinya sebuah filem yang baik dan harus ditonton namun janganlah kita beranggapan sebuah filem yang baik itu akan mendapat maklumbalas yang baik juga, habis membaca coretan ini wajib pergi tonton filem ini semula berulang kali. Wajib! sebab aku akan cuba masukkan filem ini dalam filem rujukan Pengajian Filem & Media Asia untuk semester mendatang, insyaallah.

Setiap pandangan dan ulasan harus dilihat secara total dan tidak dihakimi. Ini tidak adil. cheh! masuk lagu yuna plak....

Aku juga ada memberitahu bahawa filem ini telah menetapkan aturan fantasinya secara terang dan mudah seawal pembuka ceritanya, ini eskapisme yang dibenarkan dalam bikin filem, tetapi itu tidak bermakna penonton akan secara buta tuli menerima apa saja andaian yang mereka kemukakan. Jika peraturan dunia ghaib atau kuasa dipertontonkan itu tidak jelas, atau jika kuasa baru lewat diperkenalkan, penonton mungkin akan merasakan bahawa cerita yang pada mulanya didengar sebagai sebuah filem yang bagus bertukar menjadi satu cerita yang mereka tidak pedulikan bila dilihat.

setelah didesak oleh pelajar yang ingin tahu maksud aku menulis pasal asam pedas, ini sedikit sebanyak asam yang cuba aku tambah; mungkin ada benar dan mungkin ada salah; jadinya inilah sedikit percubaan aku berkongsi pengamatan aku terhadap filem ini.

akhir coretan, tahniah kepada pembikin filem ini; dan aku boleh kategorikan pembikin filem ini dalam kategori Formalisme(Avant Garde) kerana; Gaya pembikinan filem yang sengaja menyesuaikan mode gaya dan herotan bahan baku agar tiada siapa yang sedar kesilapan imej manipulasi suatu objek atau peristiwa yang sebenar; penyesuaian dgn mode gaya memberi perhatian kepada dirinya, selalunya, menjadi gaya ekspresyen dan sekurang-kurangnya ianya penting pada perkara itu sendiri.

memetik kata cikgu aku iaitu U-Wei Hj Saari; Tidak faham itu indah, salah faham itu bahaya...
itu kata mutiara dari dia, tapi bagi aku yang lebih bahaya adalah mereka yang membuat orang salah faham dan memutar belitkan fakta hanya untuk kepuasan diri sendiri, lebih mudah cakap orang itu hipokrit...

jangan ada pelajar yang minta aku tulis tentang struktur cerita filem ini sudah.

Ulasan

Catatan Popular