Osman Tikus

entah apa yang aku fikirkan...
aku kembali ke zaman nostalgia dimana filem Kembara Seniman Jalanan byk membuka mata aku terhadap perjuangan anak seni melayu pada zaman itu...
aku bangga berada pada zaman revolusi musik dan seni halus...
seni sejati dan halusi...
yang mengikut gerak dan resa hati...
zaman yg tiada medium teknologi seperti sekarang ini...
zaman dimana anak melayu tidak lupa jati diri dan asal usul...
tapi tak semua....
mana makan cili dier rasa pedasnya...

sini aku coretkan kembali sajak yang dibaca oleh Pyan Habib aka Osman Tikus...
dlm kabinat barang barang nostalgia aku masih tersimpan vhs Kembara Seniman Jalanan...

Ma'afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang,
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini..................
Apabila orang telah sedia duduk,
aku bangun berdiri
Apabila orang bertepok,
aku diam
Apabila orang orang ghairah berbincang,
aku tidor
Apabila orang membaca zikir,
aku takot mati

Ma'afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini
Orang lain sudah merdeka,
aku belum
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,

walaupun Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu kecot!" Melayu kata "Melayu takot!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingong!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerong!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murong!"
biarkan........., biarkan..................

Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

ps:tanpa izin dr pyan habib, aku mohon maaf sekiranya sajak yg aku guna dan tulis kembali ini byk cacat cela dr kontek asal....

dan ini pula Balada Osman Tikus,
lagu dan Lirik ditulis oleh Mohamad MN

Hey brother!
Bukan aku nak mengada-ngada
Tapi kau tahu aku pun...
Punya rasa

Ha-ha-ha-haru

Tak peduli aku tetap aku
Tak peduli apa katamu
Orang boleh kaya dengan menipu

Hey brother! bagaimana aku...

Kau nak halang aku
Halang mereka dulu
Tiada undang-undang
Dalam hutan batu

Ha-ha-ha-haru

Aku akan lari kalau kena kejar
Siapa yang bijak jadi orang besar
Jangan kau sedih, jangan gusar

Hey brother! kita mesti terus hidup

Ha-ha-ha-haru

Hey aku hidup tanpa subsidi
Tak tahu besok hidup atau mati
Jangan sedih, jangan gusar

Hey brother! kita mesti terus hidup

Ha-ha-ha-haru.
nak dengar lagu ni...
klik sini utk dengar dan anda kena ada realplayer utk mendengar...


dan ini lagu lagu dari filem Kembara Seniman Jalanan....
hayati setiap rangkap dan lirik...

Rupa Tanpa Wajah - dengar
Siapa Orang Kita - dengar
Balada Pemuzik Jalanan - dengar
Duit! - dengar
Sesat diKuala Lumpur - dengar
Dimanakah Dikau - dengar
Cetak Rompak - dengar
Balada Osman Tikus - dengar
Harapan Terakhir -dengar


ps:semua lagu yg disediakan adelah ihsan dari hamlau.com walaupun telah digunakan tanpa kebenaran dan seniman memohon maaf jika melampaui batas.

Enjoy....

"started a reformation by a single message"
_________________
jazakallah khair.

Ulasan

Khairil berkata…
Salams!

Kebetulan, saya pun sejak 2-3 minggu ni teringat kat cerita Kembara Seniman Jalan!
Keep on writing bro!
cluvix berkata…
bro..
thanks..
setelah sekian lama mncari lagu2 dlm album kembara seniman jalanan..
akhirnya kutemui..
ketemui..
apa yg dicari..
thanks lot..

Catatan Popular