rahmat dan redha

tapak.

hari ni aku merayap mencari tapak untuk aku pacak tempat aku nak mulakan gerai 'BAKO AJE' aku. melilau aku melihat dan mengukur ruang tepi jalan yang cantik untuk aku pacak bendera gerai aku.



ada jugak aku bertanyakan kedai kedai makan, ada yang takde masalah ada jugak yang byk songeh.

rasa x sabar rasanya nak mula semula bidang yang lain ni, namun aku tetap jalankan kerja harian aku dan pusat latihan aku, perancangan untuk bangkit semula nampak cerah dengan ruang ruang kapitalisma yang boleh membantu aku bangkit semula....

apa apa pun aku nak kongsi dengan cerita ni, cerita yang sempoi tentang makcik dan brader jual beger. Mereka berdua mempunyai persamaan iaitu bekerja sendiri, mereka tahu jatuh aku dan nasihat berguna ini diberi pada aku macam itu pesanan dari allah swt yang diilhamkan kepada mereka untuk disampaikan kepada aku.

macam ni bunyinya.
kita kerja keras pagi ke petang ada yang sampai kemalam cari rezeki, hujung bulan dapat gaji masih tak cukup. kalau kita kerja keras pagi ke petang sampai malam dan kita tidak lupa utk kerja keras menyempurnakan tugasan 5 waktu yang diberi maka bertambahlah rezeki kita dan kuranglag kesusahan kita kerana kita ingat pada dia.

ayat ni adalah lebih kurang sama dari kedua dua orang yang aku jumpa pada hari yang sama.

Ulasan

Catatan Popular