Revisiting Cinema #03 - Natural Born Killers (94)

Sejak dari pertama kali aku disyorkan menonton filem ini oleh Cik Arab dari Kedai Video Surabaya dulu, aku merasakan filem Natural Born Killers (akan aku pendekkan kepada NBK selepas ini) adalah sebuah filem yang memiliki kolektiviti yang memeningkan dan memualkan kepala aku dan menonton urutan pembukaan filem ini umpama aku berada di kerusi hukuman elektrik yang aku tidak mampu melepaskan diri. Antara hidup atau mati, antara suka atau duka dan aku memaksa diri untuk menonton.

Secara visual dan tematik, NBK adalah sebuah filem yang berani membebaskan diri dari kebiasaan filem Hollywood dan boleh di angkat sebagai filem terbaik dalam karier Oliver Stone. Rentetan peristiwa yang divisualkan seumpama satu kenyataan yang memberi gangguan visual yang melampau diperankan oleh watak Mickey dan Mallory Knox. Dua insan bercinta umpama Romeo & Juliet tetapi dalam versi kejam dan meloyakan pandangan. Namun turutan dan rentetan penceritaan dua insan bercinta digarap baik dengan teknik penceritaan sinema yang baru dan segar. Ia pengalaman berbeza sewaktu aku pertama kali menonton dengan pengalaman menonton baru-baru ini.

Gabungan gaya pengarahan sinema dan teknikaliti sinematografi yang digabungkan memberi kesan dan menambah penghayatan realiti cerita ini dan membawa aku masuk dan terus mahu memahami apa yang difikirkan watak dan kenyataan yang diangkat. Subjek matter yang sangat menarik dan Quentin rasanya memahami penceritaan dan sinema lebih dari Oliver sendiri namun pengalaman menyampaikan visual sinematik telah berjaya mengangkat cerita dan visual pada tempat yang sepatutnya.

Penceritaan Quentin tidak banyak berbeza berbanding True Romance, subjek matter dua insan bercinta yang digabungkan dengan sakit mental digunakan sekali lagi dalam penceritaan NBK. Ia membahagikan struktur penceritaan kepada 2 bahagian yang mempunyai 6 arkitipe penceritaan. aku tak nak sentuh bab itu. Masuk kelas penceritaan aku untuk faham apa itu struktur dan arkitipe. Tapi kalau dah tereris takyah belajar. Aku tak hadap pun.

Bahagian pertama menceritakan arkitipe watak dua insan bercinta yang menjadi pembunuh bersiri tetapi secara batinnya memberitahu yang sebenarnya dua insan ni mengangkat tema anti-adiwira dengan rentetan dan soalan berpusat yang agak pelik terhadap pandangan masyarakat yang salah terhadap kehidupan dua insan ini. Bahagian kedua pula seakan mengambil tona dan ritma penceritaan Sir Alfred Hitchcock yang memutasikan arkitipe watak dan struktur cerita dari sudut pandang yang berbeza. Dimana sistem keadilan dan ekosistem media yang rosak menambah kesan mental kepada dua insan bercinta itu tadi. Dua insan bercinta yang mahu hidup bebas tanpa batas dibahagian pertama tadi telah membungkam perasaan mereka yang tidak mampu lagi dibendung dengan rasa benci terhadap pemuka-pemuka keadilan dan kenyataan media yang berat sebelah yang dihadapi mereka di bahagian kedua.

Watak baru wujud, seorang warden penjara yang terikat secara patologis, bersikap kasar dan sering melakukan perkara yang tidak masuk akal yang berpengalaman sebagai seorang detektif yang sebenarnya bukan seaornag wira kedamaian dan seoarang pengacara rancangan tabloid yang mempunyai masalah mental dan sering berubah rasa mengikut nalurinya demi mendapatkan berita sensasi yang mana akhirnya dilihat mempunyai bahagian jiwa yang rosak akibat media itu sendiri. Kedua-dua watak ini sebenarnya memcerminkan sifat berlawanan yang buruk terhadap dua insan bercinta itu tadi. Buruk bertemu buruk, kesudahannya tiada kebaikan, tragedi yang lebih besar akan berlaku.

dan kini, aku mengandaikan bahawa pengarahan filem NBK ini sebagai sebuah naratif sinema yang di susun baik dan kehalusan penceritaan dan perwatakan menjadi kekuatan terhadap filem ini yang mana mungkin pada zaman itu terlalu banyak berlaku pembunuhan bersiri di Amerika dan betapa media massan tidak memainkan peranan mereka yang sebenar dan ketidak adilan sentiasa berlaku terhadap kaum yang selain kulit putih. Mungkin itulah kenyataan yang cuba diangkat oleh Oliver Stone dan menjadi kekuatan bagi NBK.

Apa pun yang cuba disampaikan walau tidak jelas dan ada rasa aliran impresionisme, Oliver Stone telah bersungguh-sungguh dan mengusahakan sinematik penceritaan NKB ini mempunyai jiwa yang besar seperti apa yang diucapkan dalam salah satu dialog filem ini yang berbunyi;

Killing you and what you represent is a statement. I'm not exactly 100 percent sure of what it's saying.

dan aku merasakan bahawa kes OJ Simpson lebih menarik perhatian aku pada waktu filem ini ditayangkan dan menjadi bualan semua manusia pada waktu itu dan ini juga kenyataan besar dari aku bahawa apa yang kita tidak tahu di luar sana, melalui Peti TV, ya boleh mengubah pandangan kita menjadi seorang yang pasif atau aktif.

Ulasan

Catatan Popular