Revisiting Cinema #02 : Friends (94)


Assalam dan salam Jumaat kepada rakan-rakan.

Aku panjatkan doa kepada semua kenalan, kawan, rakan dan sahabat yang pernah melintas dalam perjalanan hidup aku agar dirahmati kehidupan korang dan sentiasa dilimpahi kasih dan sayang al-matiin dan juga dikurniakan kesehatan untuk terus beribadah. Aamin.

Aku menonton friends bersama yang tersayang banyak mengembalikan nostalgia menonton sitkom sitkom hebat era 90an. melihat kembali babak-babak yang menyimpan banyak kenangan dan perkongsian jalinan jiwa antara mereka yang bertungkus lumus manjadikan sitkom friends itu sangat berjaya membuatkan aku nak berkongsi pengalaman sewaktu belajar filem di Universal Studio.

aku nak kongsi sebahagian tugasan pelajar sewaktu aku bergelar pelajar dan ianya adalah sebahagian module pembelajaran yang wajib dilaksanakan pelajar iaitu menjalani latihan di dalam studio penyiaran  Akademi aku dan tempat tinggal aku agak jauh, kalau berjalan adalah dalam 30 minit berjalan kaki. Iya aku berjalan kaki setiap hari selama 8 minggu ke back lot Universal Studio. Sempoi je, aku rasa hepi berjalan kaki sebab ramai je staff universala, warner dan nbc serta Disney pun yang berjalan. Burbanks adalah pekan selamat tanpa jenayah.

Ok, aku dan awek aku menonton sitkom friends: the reunion the siaran HBO. Banyak perkara yang di imbau kami sewaktu menonton. Iya kami remaja kalau nak di ikutkan dan pada waktu itu, aku rasa aku tidak sempat menonton season pertama sitkom ini, aku ikuti ditikom ini mungkin pada season kedua. Menonton reunion ni aku dan awek banyak mengunkit beberapa sitkom hebat zaman tu antaranya full house dan family ties. Ada beberapa lagi sitkom hebat yang keluar tapi masa aku menulis ni aku lupa pulak.

Namun sewaktu kami menonton, aku banyak berkongsi pengalaman aku bagaimana sistem studio di uruskan studio penyiaran seperti NBC, ABC, ABC7, Nickelodeon Studio, Cartoon Network, Burbank Studio dan beberapa lagi. Aku menyatakan studio penyiaran Malaysia sepatutnya beroperasi seperti ini dan menghasilkan sitkom dan drama yang dirakam secara langsung di dalam studio dengan binaan set yang di bina. Studio akan melakukan Pilot untuk melihat rating penonton dan sekiranya gagal, sitkom itu akan dikeluarkan dari studio dan sitkom lain akan berproduksi. Seterusnya ekosistem dan ekonomi industri penyiaran dapat ditingkatkan dan penerbit dan semua karyawan terlibat akan bekerja lebih keras memastikan produksi itu berjaya.

Namun melihat itu sebagai satu pengurusan yang tidak strategik, Stesen penyiaran dengan sokongan penerbit di dalam negara mengambil jalan mudah melepaskan semua kepada produksi dan penerbit namun masih mahu mengawal segala aspek produksi dari segi barisan pelakon. Ini antara sebab mengapa industri penyiaran terus menerus mengutip kepala agung bagi stesen mereka sedangkan karyawan ternganga selepas tamat produksi. Nak cakap lebih korang pikirlah sendiri siapa yang untung di sini.

Ada beberapa sitkom terbitan stesen penyiaran yang mendapat tempat di hati penonton dan sepatutnya sitkom itu diteruskan sehingga sekarang umpamanya, sitkom 2+1, sitkom Pi Mai Tang Tu dan yang paling lejen adalah Santan Berlada. Stesen penyiaran sebenarnya kekurang pakar strategi isi kandungan dan sebenarnya kurang mahu berusaha ke arah menjadikan stesen mereka lebih baik dengan tekonologi yang ada. Waktu ini kita boleh lihat sitkom sepahtu yang bersepah-sepah tu pun berjaya menaikkan rating stesen penyiaran tersebut.

Jadi apa yang menyebabkan kekurangan sitkom tetapi berlambak drama mak ngurat boyfrien anak, adik ipar curi harta mertua yang mengambil pula pelakon yang mempunyai pengikut sosmed yang ramai tapi berlakon macam kuda padi. Ah! malas nak cerita panjang hal tu.

ya aku nak kongsi pengalaman bekerja di NBC Universal menjadi pelatih yang menulis skrip bagi sebuah komedi bertajuk Lipstick Jungle. Aku terlibat dengan produksi ini sekitar April 2008 setelah permohonan menjadi pelatih ke beberapa studio penyiaran dibuat dan yang ada kekosongan adalah produksi ini dan aku sebenarnya memohon sebagai pembantu pengarah namun diberikan tugasan sebagai pembantu penulis. Ah! aku tak kisah janji aku dapat habiskan tempoh latihan aku dengan cemerlang.

Melihat bagaimana set dalam studio dibina dan bagaimana set luar disiapkan, aku selalu berfikir mudahnya kalau di Malaysia mempunyai studio begini. Walaupun studio set luaran bukan milik NBC, iya mereka menyewa dengan Burbanks Studio yang terletak dalam Universal Studio Backlot dan terdapat banyak studio yang bes umpanya studio bagi filem Jaws, Desperate Housewife dan Back to the Future yang aku lihat sendiri ianya terbakar. Aku masih ingat iya berlaku pada bulan Jun 2008. Ikon Menara Jam dalam filem tersebut habis di jilat api.

Ramai peminat back to the future yang menangisi kebakaran tersebut. Kau bayangkan bagaimana followers budaya filem di sana meratapi kehilangan set ikon tersebut. Oh, nak kongsi juga tentang kematian Heath Ledger. Aku juga berada disana waktu tu. Aku baru 22 hari berada di Universal studio dan filem Dark Knight memang tengah hype dan jadi bualan semua peminat Batman dan aku juga tidak melepaskan menonton filem hebat itu. 22 Januari 2008 adalah tarikh keramat semua peminat heath ledger berarak menuju tempat penyemadian. Aku hanya melihat dari tingkap akademi sahaja.

Ok berbalik kepada sistem studio tadi. Sebagai penulis pelatih, tugas aku adalah memastikan cerita yang bakal dirakam telah melalui proses soft reading oleh pelakon sebelum mereka masuk ke dalam set. Itu je kerja aku selain apabila pengarah atau penerbit melakukan rombakan terhadap babak maka aku dan beberapa penulis lain dengan segera memerah idea berlandaskan notis pendek dari pengarah dan penerbit. Semua dilakukan di waktu itu dan di situ. Memandangkan aku tiada benda lain nak buat, aku hadap jelah semua yang datang. Pengalaman yang aku dapat sangat-sangat berbaloi. Tiada tekanan kerja menjadi penulis kerana rakan lain sangat membantu dan terbuka kepada apa sahaja ide yang aku sumbangkan. Yang aku ingat aku sempat berkhidmat untuk tiga skrip produksi bagi season kedua drama tersebut. Selepas itu aku dah tamat latihan.

Masa tamat latihan ini, tak sangka bagaimana diorang punya menghargai aku dan rakan lain sebagai pelatih adalah kami diraikan dalam satu party keluarga yang sangat disclose kepada orang lain. Party, kau mesti ingat ya party liar. tak, ia hanya party antara penerbit, pengarah dan beberapa kru rapat meraikan kami. Mereka bertanyakan pandangan kami terhadap latihan yang dibuat kami dan apa yang mereka harus perbaikin di masa depan.

Sekembalinya aku ke akademi, semua urusan latihan dan laporan latihan telah disiapkan sebelum aku travel ke canada sebab bercuti 2 minggu. aku telah submit laporan aku itu dan terus ke airport burbank untuk terbang ke Canada.

Selepas ini mungkin aku akan kongsi pengalaman berada dalam set Fast & Furious 4 pula. Satu pengalaman yang mengajar aku bagaimana berfikir dan melihat ekosistem bikin filem yang sebenar di dalam studio atau mungkin aku kongsi kerja sebagai kru bebas bekerja untuk drama penyiasatan NCIS dan bertemu pelakon Mark Harmon di Los Angeles.

SALUT!





Ulasan

Catatan Popular