Revisiting Cinema #01: True Romance (93)



Di rekayasa dan mengambil semangat cinta sejati dan menyerahkan segalanya kepada apa yang akan berlaku akan dihadapi bersama demi cinta sejati. Filem "True Romance"(93) arahan Tony Scott dan ditulis Quentin Tarantino ini digarap untuk memberitahu penonton bahawa "Romeo & Juliet" yang digabungkan dengan " Bonnie & Clyde" ini adalah untuk jiwa-jiwa remaja 90an. Aku secara peribadi memilih "Romeo & Juliet" (96) moden arahan Baz Luhrmann.

Ia mengisarkan cinta sejati antara dua jiwa iaitu seorang pencinta komik bernama Clarence Worley (Christian Slater) yang bertemu dan jatuh cinta dengan seorang "Call Girl" bernama Alabama Whitman (patricia Arquette) disebuah sinema. Pertemuan yang dirancang majikan Clarence itu berakhir di ranjang dan pernikahan dalam waktu yang singkat. Dalam tempoh berkenaan segala rahsia hidup Alabama diceritakan kepada Clarence bahawa penjaganya pasti mencarinya dan Clarence harus menyelesaikan masalah  Alabama dengan penjaganya Drexl Spivey (Gary Oldman) seorang bapak ayam dan penegdar dadah.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Clarence telah berhadapan dengan Drexl dan berlaku perselisihan dan Clarence yang hanya berniat untuk mengambil pakaian Alabama telah mengakhiri pertemuan itu dengan darah dan kematian Drexl. Clarence juga tersilap mengambil beg pakaian Alabama yang sebenarnya penuh dengan dadah kokain.

True Romance dimulakan dengan sangat menarik dan pertemuan dan rentetan kejadian memiliki kimia yang jelas antara kedua arkitipe watak dan ianya berkesan untuk membuat penonton terus melekat di kerusi sinema mereka. Namun ianya sesuatu yang segar dalam bingkai sinema apabila gaya dan tona yang mengangkat keganasan dan jenayah yang memaparkan darah yang memenuhi bingkai sinema menjadikan estetika penceritaan ini gagal. Mengangkat keganasan dalam sebuah cerita cinta sebegini sememangnya sesuatu yang tidak diduga.

dan kerana itu juga, perjalanan filem ini di sinema tidak terasa kerana garapan penceritaannya dengan momen dan rentetan yang mempunyai ritma yang catchy termasuklah sewaktu pertemuan dengan bapanya dan kisah selepas itu yang memaparkan kekejaman gangster Sicily Italy yang agak komedi dengan dialog yang kuat dan beriya-iya ingin menghancurkan bapa Clarenceyang dilakonkan oleh Dennis Hopper yang berhadapan dengan Christopher Walken yang berdebat menggunakan beberapa dialog yang menolak perkauman dan sangat sangat menyakitkan hati. Itu kelebihan Quentin, dia pakar dialog.

Namun, ironinya ada satu kekurangan terhadap penulsian Quentin ini adalah arktipe watak umumnya tidak bijak dalam menghayati apa yang dibicarakan, tidak seperti mereka yang tidak cukup tidur dan menghisap amphetamin yang mana jauh lebih baik persembahannya dalam melaksanakan konsep cerita Cinta Sejati ini. Oleh itu "True Romance" dan "Reservoir Dogs" (92) yang dutlis Quentin ini telah dicipta berlandaskan premis sesuatu yang tiba-tiba berlaku, sesuatu yang sangat salah dan selalu kelihatan tidak selesai. Aku lebih melihat visi Pengarah yang tidak dapat menyelam lebih dalam gaya penceritaan Quentin.

Berbalik kepada arkitipe watak Clarence, dia seorang yang suka menyendiri, pencinta komik dan sinema dan mempunyai sahabat imaginasi iaitu Elvis yang sentiasa memberikan cadangan yang tidak masuk akal namun dianggap "cool" oleh Clarence. Bekerja tetap di sebuah kedai buku dan komik dan selalu memenuhi ulangtahunnya sendirian dan meminati filel filem lakonan Sonny Chiba yang sudah ditonton berulang kali namun tetap menghayatinya.

Satu homage kepada sinema mungkin terhadap Arkitipe ini. Adakala aku merasakan setiap babak yang digarap adalah parodi yang mengabungkan gaya sinema Sam Peckinpah dan John Woo yang paling tidak masuk akal dan dalam sebuah filem yang menceritakan tentang ilusi romantis di bingkai sinema, satu-satunya perkara yang melegakan dalam filem ini adalah kelegaan datang dalam keseronokan menghayati penceritaan yang menyulam amukan dan ritual-ritual flamboyan dan ego Hollywood. Aku tidak rasa cukup seperti menonton "Reservoir Dogs"(92).

Setelah segalanya berantakan, kegagalan paling jelas "true Romance" adalah kekurangan dan ketidakmampuan untuk mengangkat sesuatu yang baru dan segar terhadap pasangan muda yang dalam pelarian terlibat dalam dunia kejahatan. Iya nampak seperti cerita biasa dan klise terutama arkitipe watak Alabama yang seperti tidak mengetahui apa yang berlaku sementara kekasihnya Clarence pula nampak hambar dan tidak tahu mengunakan pistol.

Filem ini adalah sesuatu penceritaan yang memiliki moral yang kosong dan apabila Alabama sangat mempercayai cintanya kepada Clarence dengan menulis "You're so cool" di babak akhir filem ini ia sebenarnya tidak cool langsung menjadi pasangan seperti ini.

Kesimpulannya, pada saat segalanya nampak tidak berada di tempatnya dan memiliki masa yang baik, "True Romance" mampu bertahan selama dua dekad, aku dengan rendah hatinya menyatakan bahawa sinema dan filem yang memiliki penceritaan yang ideal dapat diabadikan dan tidak akan mati selagi ada yang mahu menonton.

Sinema tidak mungkin dilupakan.

Ulasan

Catatan Popular