Loceng Maut
Konsep & Ide Asal: ROZINOR RAZALI
Konsep
Bila bercerita tentang persilatan, penceritaan lama selalunya menceritakan bagaimana kekecohan dan pergolakan yang ditempuhi oleh sesuatu daerah dalam mempertahankan keamanan dari penjahat dan lanun yang cuba merampas kuasa pemerintahan dan berkisarkan dendam kesumat.
Filem ini ditulis dengan mengambil waktu dan masa zaman pemerintahan Temenggong yang menguasai sebuah daerah yang telah di serang lanun yang gilakan kuasa dan menyebabkan kesengsaraan yang di timpa penduduk daerah berkenaan.
Penceritaan ini juga membuka ruang penceritaan dari sudut berbeza dengan mengambil seni dan gaya penceritaan visual yang penuh dengan rentak aksi yang laju dengan mengangkat seni koreografi silat tempur jarak dekat dan pengunaan senjata senjata lama dan mengambil konsep & genre visual noir.
Sinopsis
Aduka seorang jejaka kampung biasa mendapati ibu bapanya telah mati dibunuh. Menjadi sebatang kara dan berduka dengan pembunuhan ibu bapanya, Aduka mengembara dan menuntut ilmu persilatan. Setelah beberapa tahun berlalu, Aduka tamat perguruannya dan kembali semula ke kampungnya Sungai Manggis dan merancang untuk membalas dendam terhadap Harimau Berantai.
Harimau berantai telah menguasai Sungai Manggis dengan merampas kuasa Temenggong. Aduka telah bertempur dan menewaskan kuncu kuncu Harimau Berantai dan mendapat tahu dari Temenggong yang membantunya bahawa Harimau Berantai telah menawan anak dara Temenggong, Mawar dan ramai penduduk Sungai Manggis yang menjadi korban akibat kerakusan Harimau Berantai.
Demi mengembalikan keamanan Sungai Manggis, Aduka bersedia untuk mengorbankan dirinya. Di bantu oleh Temenggong, Aduka menyerang istana dan bertempur dengan Harimau Berantai untuk menyelamatkan Mawar dan mengembalikan keamanan Sungai Manggis.
Loceng Maut by Rozinor Razali is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.5 Malaysia License.
Ulasan