Perang Yang Satu Lagi.
Penulis: ROZINOR RAZALI
Konsep & Ide Asal: ROZINOR RAZALI
Konsep:
Bila bercerita tentang sejarah Melaka, kita telah tahu dimana Sultan Melaka pernah mengarahkan Bendahara Melaka bersama Laksamana Hang Tuah untuk naik ke Gunung Ledang dan meminang Puteri Gunung Ledang dan Puteri telah memberi syarat syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh Sultan Melaka.
Filem ini ditulis dengan mengambil waktu dan masa kejadian dimana perjalanan rombongan peminangan Sultan Melaka terhadap Puteri Gunung Ledang, sekadar memberi perspektif berbeza kepada audiens terhadap perjalanan rombongan peminangan Sultan Melaka dan memberi sedikit ruang menglipurlara dari sudut yang berbeza yang mengambil seni & gaya penceritaan fiksyen & fantasi.
Sinopsis:
Kasa, adalah seorang anak yatim tidak tahu siapa ibu bapanya, merasakan dirinya terperangkap bekerja di sebuah ladang.
Kasa mengikut Buyong Kapak dan Chu Senin menyusup mengikut rombongan peminangan Sultan Melaka terhadap Puteri Gunung Ledang, terpisah dari kumpulan rombongan dan telah sampai pada satu perkampungan bunian bernama Sabt yang perlu dibantu kerana diganggu Siluman yang telah menculik Putri Cendera Dewi. Kerajaan Sabt diperintah oleh seorang Ratu bernama Ratu Seri Dewi.
Makhluk yang dilambangkan seperti Barongan adalah lawan utama Kasa. Ramai orang menganggap Siluman adalah ketua, tetapi dia hanyalah seorang pengikut. Barongan digambarkan sebagai gergasi bersiong panjang. Satu pergaduhan berlaku antara Kasa dan Siluman sewaktu ingin menyelamatkan Putri Cendera Dewi dan Kasa berjaya kembali ke Sabt dengan rancangan untuk menghapuskan Barongan dan pengikutnya.
Kasa dan pahlawan Sabt telah bersedia untuk menentang Barongan dan tenteranya dan seterusnya menyelamatkan Putri Cendera Dewi. Buyong Kapak dan Chu Senin telah bersedia untuk membantu Kasa dengan sokongan Pahlawan Sabt. Sekiranya perancangan Kasa gagal, Barongan akan memusnahkan seluruh Kaum Sabt dan membunuh Puteri Cendera Dewi.
Perang Yang Satu Lagi by Rozinor Razali is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.5 Malaysia License.

Ulasan