REVISITING CINEMA #46 : PENGEPUNGAN DI BUKIT DURI (25)
"DURI" – LUKA YANG TAK PERNAH KERING, CERITA YANG TAK MAHU MATI
Di luar, kerusuhan anti-Cina membara; di dalam, harapan yang tidak jelas, atau sekurang-kurangnya senjata buatan prop yang dibuat dari pembaris besi itu rare seninya. Misi Edwin ringkas, keluar hidup-hidup, bawa semua anak yang bukan anak kandungnya. Tapi penghalangnya bukan sekadar pagar sekolah yang tinggi, ia Jefri, bekas pelajar yang kembali bukan untuk reunion, tapi untuk balas dendam pada Edwin sebab dibuang sekolah, serius mengimbau betul. Anak luar nikah, dibesarkan dalam kebencian, dengan trauma ibu yang dirogol beramai-ramai sewaktu rusuhan 1998. Realiti diangkat ke dalam fiksyen, dan fiksyen itu jadi cermin, kaca yang retak, tapi masih memantulkan wajah kita sendiri.
Tapi tak semuanya sempurna. Babak macam tayar bocor, perlahan, tersadai. Dialog berulang, sampai masa, aku pun rasa ikut tersandar. Watak Diana, guru sains misteri, masuk macam easter-egg cinematic universe Joko Anwar, tapi keluar tanpa bayar tiket. Aku masih Google “Diana Siapa” selepas filem tamat. Dan penutup terbuka itu, yang mahu penonton buat jawapan sendiri, aku rasa curang. Aku bayar bukan untuk dapat soalan tambahan, tapi jawapan. Walaupun begitu, ada orang tua kata dia tengok awal cerita dia dah tahu apa hujung cerita, aku rasa nak gi jumpa orang tua tu, tinggi ilmu dia…
Salut.
#revisitingcinema #senimanjalanan
Jalur cerita yang dipersembahkan semestinya adalah satu tandatangan Joko Anwar. Lama tak menonton buah tangan beliau yang penuh darah, dendam, dan luka sejarah yang masih bernanah. Di tengah-tengah dunia filem yang sering lupa sejarah, Joko kembali dengan satu pukulan tepat: Duri, sebuah nama sekolah, sebuah metafora, dan sekaligus luka yang tak pernah benar-benar kering.
Filem ini ditayang tiga hari sahaja di panggung terpilih, dan aku terpilih untuk menonton, serius aku beli tiket sebab nampak nama Joko Anwar, selepas itu poster dicabut, ditarik turun macam kain rentang selepas pilihan raya. Aku sempat tengok malam terakhir; dalam penuh panggung cuma beberapa orang. Termasuk sepasang suami isteri yang bawa popcorn dan seorang pak cik yang pulas tidur di baris depan aku, dengkuran dia macam kerteapi klasik. Beliau terjaga tepat pada masa adegan mata kena bunuh dalam tandas, sesuai dengan pengecut yang tidak setiakawan. Aku fikir, itu satu-satunya tawa malam itu, seorang lelaki tua terkejut sampai terjatuh dari kerusi, aku rasa dia mimpi
Pembukaan cerita memancing aku untuk faham inti penceritaannya: bukan sekadar rasisme, tapi bagaimana rasisme lahir dalam jiwa manusia, dipupuk oleh sejarah, dibesarkan oleh dendam, dan diwarisi oleh generasi yang tak sempat memilih. Joko bijak. Dia tak gunakan kaum Tionghua sebagai mangsa semata-mata, tapi sebagai umpan, bahan kebencian yang sengaja dibiarkan mengambang di udara Jakarta 2027. Dan di tengah-tengah itu, lahir Edwin, guru gantian keturunan Tionghua yang terperangkap bersama 13 murid “buangan” di Sekolah DURI.
Joko tak biar monster itu berdiri dalam satu watak sahaja. Monster itu tersebar dalam udara, dalam suara radio kampung yang menjerit “Cina balik Tongsan!”, dalam gelak bapak-bapak yang janji “besok kita berbuka dengan babi goreng”, dalam bau keringat tak mandi dan dentuman batu di papan hitam. Kamera, di tangan Jaisal Tanjung (dan ya, Helmi Yusof juga dipercayai sebagai DP yang berbangsa Melayu, bukan Cina), posisi di koridor sempit selebar dua meter. Kita bukan sekadar melihat aksi; kita rasa claustrophobia, rasa terperangkap dalam sistem yang tak peduli siapa ayah ibu kita, cuma peduli warna darah, sangat rajin mencari sturktur filem bagi penceritaan visual yang bercerita, bagi akulah.
Bermain dengan warna merah, kuning, dan oren, sinematografi filem ini menyaring dunia siang dan malam Edwin dengan ketajaman visual neo-noir. Setiap pancuran darah terasa macam cecair basuh papan hitam, cepat kering, tapi warna tak hilang. Morgan Oey, dalam peranan Edwin, bawa mata bersih tapi tangan yang gegas, menangis tanpa suara bila terpaksa pilih antara nyawa murid atau nyawanya sendiri. Aku teringat anak aku yang baru masuk sekolah menengah; cikgu dia juga suka buat lawak tak jadi. Aku bayangkan suatu hari dia telefon, “Ayah, cikgu tak bagi keluar sebab kita ada darah Cina,” dan aku rasa aku akan jadi Edwin versi lebih gemuk dan lebih penakut untuk berdepan dengan orang yang rasis macam Jefri ni, silap oranglah.
Omar Esteghlal pula sebagai Jefri, buat aku teringat pada adik Naga, aku lupa nama dia, lelaki muda dari kampung, senyum selalu, tapi satu hari datang kerja mata bengkak bukan sebab nagis, tapi sebab dia amok bebudak cina dalam kampung cina soerang diri hanya kerana dia tak suka cina di Tiram. Filem ini tak bagi dia alasan. Tapi filem ini bagi dia batang besi. Aku tak tahu mana lebih bahaya, alasan, atau batang besi, tapi entah kenapa adik Naga ni bila dengan aku jadi baik sehinggalah dia disahkan mental kerana terlalu banyak penderaan mental dari Naga dan keluarganya.
Aku tetap akan ingat babak Edwin menulis tak habis, tetiba buti kayu sampai, nyaris nak kena kepala, kalau tak bocor dek, dia nak tulis kreatif aku rasa tapi dia sempat tulis“KREAT" sahaja di papan hitam, aku nak jadikan wallpaper aku cari shot itu, tak jumpa.. Aku juga takkan lupa momen cikgu seni aku cakap lukisan aku bagus dan menampal semua lukisan aku dalam kelas pendidikan seni sebagai bahan pameran dan dalam masa yang sama, cikgu tu tak tahu aku wanted kat sekolah sebab menjadi pelajar pertama buat grafiti kat dinding sekolah dan di denda berdiri atas kerusi di tengah court assembly hingga matahari atas kepala, dan menjerit benda yang sama berulang, "AKU TIDAK AKAN CONTENG DINDING SEKOLAH" cuma tiada kamera nak rakam je zaman tu.
Filem ini bukan untuk mereka yang mahu jawapan mudah. Ia untuk mereka yang masih simpan kad pelajar lama, masih ingat bau lokap simen, masih terdengar suara bapak yang tak pernah padam. Filem ini mati di panggung, tapi hidup di kepala, macam harapan yang dibunuh awal, tapi mayatnya terus berjalan.
Dan ya, aku suka kaum ini dibantai dalam filem ini. Bukan kerana aku benci, tapi kerana aku takut lupa. Dan Joko Anwar, sekali lagi, pastikan kita tak boleh lupa.
Salut.
#revisitingcinema #senimanjalanan



Ulasan