Nak Tayang Panggung atau Nak Dipuji?
baru-baru ni aku terbaca, aku terbaca satu luahan baru-baru ni. Tentang filem yang siap dengan jiwa, tapi terperangkap dalam soalan: “Kalau takde orang tengok, adakah ia tetap lengkap?”
Dan aku faham. Sebab ramai antara kita bikin filem sambil berharap, kalau tak cukup dengan lima penonton, biarlah cukup dengan satu pawagam. Tapi bila tiba masa pilih, kita tetap hantar karya tu keluar… ke gelap pawagam, ke telinga asing, ke tempat yang tak janji apa-apa selain risiko.
Itu bukan dilema.
Itu pengakuan diam-diam:
kita sebenarnya tak pernah rela simpan cerita sendiri.
jadi ini respon aku setelah terbaca dilema atau luahan ini, dan sebenarnya aku pernah tulis satu artikel akademik perihal ni, nanti aku cari dan share kat sini.
---
Dik, dengar sini, jangan buat aku ulang dua kali. Bikin filem tu bukan main-main.
Kau ingat kau hebat sebab pernah rakam pakai iPhone? Ingat kau genius sebab ada idea ‘original’ pasal orang gila kat kampung? Tapi realitinya, kau stuck. Stuck sebab ego kau tinggi, tapi takut nak tunduk kat realiti.
Orang cakap, “Ah, filem indie tu senang je, kumpul kawan, pinjam kamera, edit pakai CapCut.”
Tapi bila duit habis, sponsor tak datang, tokei panggung geleng kepala, kau mula senyap. Sebab kau lupa satu benda, filem bukan sekadar expression kau. Filem tu perang-perang melawan duit, platform, penonton, dan ego kau sendiri.
Pawagam?
Jangan harap. Mereka tak peduli sama kau punya ‘visi’. Mereka peduli sama angka. Kalau filem kau tak boleh bagi untung, mereka buang kau macam sampah.
Tapi kau masih berharap, kan? Sebab kau rasa kau deserve tayang besar. Padahal, kau takut masuk festival, takut kritik jujur, takut kena judge. Festival tu tempat kau belajar, bukan tempat kau tunjuk ‘aku dah cukup bagus’.
Streaming?
Yeah, tu jalan keluar, murah, terus ke penonton. Tapi kau malas promote. Kau tunggu orang datang sendiri. Kau rasa karya kau cukup ‘power’ sampai orang cari sendiri. Bro... realiti bukan macam itu. Dunia ni penuh dengan filem bagus yang tak pernah orang tengok, sebab pembikinnya sombong nak engage.
Penonton bukan statistik. Tapi kau layan mereka macam angka box office. Kau tak pernah tanya, siapa yang benar-benar peduli dengan cerita kau? Siapa yang rasa kau cerita untuk mereka, bukan tentang mereka?
Kritikan?
Kalau kau tak boleh terima tegur, jangan harap kau akan naik level. Kritik bukan musuh, ego kau tu musuh.
Dan Komuniti/Kolektif?
Kau anggap mereka ‘support group’ untuk puji kau, bukan tempat kau belajar rendah diri.
Dan visi kau? Passion kau?
Dah lama kau simpan dalam folder ‘nanti-nanti’. Kau lebih sibuk defend idea lama daripada berani potong, ubah, atau malah bakar semua dan mula balik.
Jadi, kalau kau betul-betul nak buat filem, bukan sekadar jadi ‘pembikin filem’ dalam bio Instagram, tunduk sikit. Belajar. Dengar. Potong ego. Sebab gunung tu takkan naik sendiri. Kau kena panjat. Dengan tangan kotor, lutut berdarah, dan hati yang rendah.
Kalau tak, duduk diam. Biar orang lain yang jalan.

![]() |
| sewaktu menjadi juri bagi sebuah filem festival mandiri di Jepun, dibawa merayap ke Shibuya. |

Ulasan