MERANDUK GERUH DI KAKI LANGIT - PT 02
Sejak tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2022, banyak usaha telah aku lakukan untuk mengembangkan bidang kreatif di Malaysia. Berikut adalah perjalanan aku hingga ke hari ini.
Selepas PKP, aku menubuhkan penerbitan buku mandiri, Pustaka Daim, sebagai divisi baru dalam syarikat aku, Rozinorazali & Co. Sejak itu, aku telah menulis lima buah buku yang diterbitkan sehingga 2024 dan ada empat lagi yang siap untuk diterbitkan tahun hadapan. Walaupun perlahan, aku suka dengan progres ini. Selain itu, aku mempunyai lapan penulis mandiri dan dua lagi sedang menyiapkan manuskrip mereka untuk diterbitkan.
Selain penerbitan, aku juga menjalankan beberapa program baru. Kelas penceritaan yang aku kendalikan sejak tahun 2009 kini dikenali sebagai Rogue Writer's Storytelling Lab, yang menumpukan teknik memulakan penceritaan. Bengkel produksi yang dah masuk entah berapa edisi pun, telah aku rebrand menjadi Young Rebel Filmmaker Lab sejak 2022. Hasilnya, satu filem pendek pada 2022, satu lagi pada 2023, dan tujuh filem pendek pada 2024. Syukur Allah permudahkan.
Pada bulan Jun, aku juga melancarkan program inkubator pembikin filem, khusus untuk pelajar latihan industri selama 12 minggu. Seorang pelajar yang mengikuti program ini telah menghasilkan sebuah filem pendek mengikut modul yang aku rangka. MasyaAllah, hasilnya memang tak dijangka. Allah punya kuasa.
Program-program ini mengembalikan semangat aku untuk teruskan latihan dan konsultasi pembangunan ekosistem filem dari peringkat akar umbi, sesuatu yang menjadi tesis DBA aku sejak mula mengaji perihal perniagaan ini. Dibantu oleh seorang yang sentiasa percaya pada usaha aku, aku yakin satu hari nanti industri kreatif Malaysia akan mendapat sinar.
Sejak 2018, sewaktu aku memutuskan untuk menulis tesis pembangunan ekosistem filem mandiri di Malaysia, aku mengadakan acara memperkenalkan milestone dan aktiviti yang telah dilaksanakan. Program Rogue Film Business for Rebel Filmmakers menjadi langkah pertama untuk aku meneruskan agenda ini. Disokong oleh supervisor aku, seorang strategis perniagaan, aku tidak menoleh ke belakang.
Hari ini, filem mandiri yang dibuat tanpa bajet dan hanya menggunakan sumber crowdfunding mula mengembara dari satu festival filem ke satu festival lain. Pengiktirafan yang tidak dijangka datang menambah semangat untuk terus bergerak ke depan. Semoga Allah izinkan aku untuk bikin filem mandiri kedua tahun depan.
Baru-baru ini, aku menghormati jemputan untuk menayangkan filem di sebuah sekolah filem. Walaupun sibuk dengan kelas dan presentation paper, aku akur untuk menayangkan filem kecil aku. Aku berkongsi rasa tidak selesa ini dengan guru aku.
Filem aku hanya dalam versi offline kerana filem akhir yang dihantar ke festival tidak dapat aku akses. Walaupun begitu, aku tetap serahkan filem yang ada untuk ditonton. Tayangan ini membuka mata banyak pihak tentang filem mandiri. Walau ada kritikan sinis, aku tetap bersyukur dengan segala yang telah Allah berikan.
Setelah tamat tayangan, aku tidak dapat duduk lebih lama kerana perlu menghadiri acara di UM. Namun, cerita aku tidak habis di situ. Perjalanan ini mengajar aku banyak perkara tentang erti Meranduk Geruh di Kaki Langit.
Orang lain takkan tahu.

"Di setiap langkah dan usaha, walau di tengah kegelapan dan cabaran, ada sinar harapan yang menanti. Perjalanan ini penuh dengan liku, namun dengan dedikasi dan sokongan, impian akan menjadi realiti. - Rozinorazali"
Ulasan