REVISITING CINEMA #18 : WEIRD: THE AL YANKOVIC STORY (22)
Menonton filem "Weird: The Al Yankovic Story" yang mengisahkan penceritaan kisah unik penuh satira dan parodi tentang penerokaan "Weird Al" Yankovic menuju puncak dunia seni musik. Dalam filem ini, Daniel Radcliffe membawakan penampilan luar biasa sebagai "Weird Al", memerankan dengan sempurna sisi jenaka dan ketulusan persona ini.
Kisah ini bermula dengan saat pengenalan "Weird Al" yang dikelilingi persona persona ganjil di sebuah pesta penuh yang kononnya mempunyai persona yang penuh dengan pengaruh spiritual, di antaranya Andy Warhol, Gallagher, Elvira, Tiny Tim, Devine, dan Pee-wee Herman. Al dengan akordion di tangan dan sokongan rakan kugirannya, dia menerima cabaran untuk memparodikan lagu "Another One Bites the Dust" oleh Queen menjadi "Another One Rides the Bus". Radcliffe mewarnakan adegan ini dengan sangat baik dan intens seolah-olah edan melawan rap dengan Eminem dalam filem "8 Mile". Momen ini sebenarnya dipenuhi dengan sindiran dan telah berjaya menarik perhatian Salvador Dali, yang mengatakan, "Weird Al akan mengubah segala sesuatu yang kita tahu tentang seni!"
Arkitipe dan struktur cerita "Weird: The Al Yankovic Story" ini sebenarnya adalah merupakan satu satira yang besar, ianya seakan mimpi yang menampilkan persona yang melihat dirinya sendiri dalam cermin, bukan hanya irama lagu-lagunya. Meskipun "Weird Al" menjadi legenda sebagai pemain akordion, dimana awal ceritanya seorang salesman yang menjual dari pintu ke pintu dan tiba di hadapan rumahnya. Namun, peluang besar hadir ketika Madonna meminta dia untuk memparodikan lagunya "Like A Virgin", yang akhirnya melahirkan hits seperti "Like A Surgeon" walau sebenarnya Madonna adalah punca permulaan kejatuhannya. Yankovic sebelumnya telah merakam lagu-lagu kreatif lainnya seperti "I Love Rocky Road", "My Bologna", dan lagu yang dikatakan parodi asli darinya "Eat It" yang kemudian telah diparodi oleh Michael Jackson, membuktikan bahawa musik parodi bisa menjadi komersial dalam industri musik yang terus berkembang.
Cerita ini penuh dengan keseronokan, kegembiraan dan intrikasi ketika "Weird Al" terlibat dengan karakter-karakter menarik seperti Pablo Escobar dan mempunyai hubungan kasih dengan Madonna. Adegan pesta di tepi kolam renang yang diadakan oleh Dr. Demento, mentor masa depan Al, menyajikan kemunculan menarik dari Conan O'Brien, Jack Black, dan banyak wajah asing lainnya yang berperan sebagai tokoh-tokoh terkenal mulai dari Andy Warhol hingga Alice Cooper. Peran dari Quinta Brunson sebagai Oprah dan Lin-Manuel Miranda sebagai dokter ER yang selalu bergerak juga membuat adegan-adegan ini semakin berwarna. Paling menarik Al Yankovic sebenar juga ada dalam bingkai filem ini.
Namun, tidak dapat dielakkan, beberapa penampilan selebriti dalam filem ini agak berlebihan dan mengganggu. Meskipun sebahagian besar dari mereka mengundang ketawa, ada beberapa momen yang terasa dipaksakan. Ada argumen yang meng=yatakan bahawa "Weird Al" melibatkan beberapa rakannya dari dunia komedi alternatif dalam filem ini, mengingat pengaruhnya dalam mendorong beberapa artis tersebut memulai karier mereka. Ingat filem ini sendiri adalah parodi yang dicipta oleh beliau, kerana beliau adalah penulisnya.
Secara keseluruhan, meskipun "Weird: The Al Yankovic Story" mungkin tidak menarik bagi golongan penonton, filem ini pasti mampu akan menjadi ebuah filem kultus dan klasik bagi para penggemar dan pengagum "Weird Al". Iya mungkin mengikuti tren zaman, tetapi yang menyenangkan dan mengetahui bahwa Yankovic dengan bangga menentukan perjalanan hidupnya sendiri dengan caranya yang unik. Filem ini terdapat pesan yang tulus tentang menjalani hidup dengan penuh semangat dan kesenangan, dan kita semua dapat belajar sesuatu dari kisah seorang penyanyi/penulis lagu komedi yang luar biasa ini walau cerita ini secara seluruhnya adalh persepsi beliau terhadap dunia filem yang sama seperti apa yang didengarinya melalui musik.
Pesan akhir, jalanilah kehidupan yang kita benar mahu jalani. jadilah pelik seperti yang kita mahukan, kita tidak akan menemui kebahagiaan sebenar sehingga kita benar-benar dapat menerima siapa diri kita, buat apa ikut kehendak orang lain dan mengadaikan masa depan kita demi orang lain.
Salut!
#revisitingcinema
#senimanjalanan

Ulasan