REVISITING CINEMA #12 : BULLET TRAIN (22)

kali ni aku nak story sikit pasal filem aksi bertajuk Bullet Train yang diarahkan oleh pembikin filem Deadpool 2, David Leitch dan lakonlayarnya ditulis oleh Zak Olkewicz berdasarkan buku Kotaro Isaka, ianya sangat menghibur dan mendebarkan dengan sedikit komedi dan aksi yang adakala melampau, tapi masih boleh ditonton tak seperti filem epik 90 juta.


Kisahnya, Brad Pitt sebagai Ladybug, seorang pembunuh upahan yang malang cuba menyelesaikan tugasnya dengan sempurna walau setelah terlalu banyak urusan yang tidak menjadi, walau bagaimanapun, kerja yang baru diterima meletakkannya dengan musuh berbahaya dari seluruh dunia – semuanya dengan agenda yang berkait, perlu bersaing, menaiki kereta api terpantas di dunia yang memulakan cerita dan pengembaraan adrenalin tanpa henti merentasi Jepun zaman moden. Ia mahu bercerita macam Tarantino-esque, menawan dengan dialog dan visual, atau pun menjadi seperti Antoine Fuqua, sedikit lucu, tetapi satu pun tak menjadi. Jadi jangan ketinggalan kereta api ini. Ada masanya terlalu rumit dan kejam untuk dilayan, tersenyum bila ada cameo pelakon tertentu dalam bingkai, contoh seperti Sanda Bullock.

Persona utama filem ini adalah Ladybug yang dilakonkan Brad Pitt, agak santai lakonan mungkin kerana dia perlu kembali kepada fitrahnya sebagai wira yang sedang mencari atau dalam pencarian diri dan paling penting dia menjadi mangsa keadaan dengan terperangkap dalm keretapi paling laju dalam dunia ini, di mana penyumbang terhadap permasalahan ini adalah Kimura yang mahu mencari orang yang telah menolak anaknya dari bumbung sebuah pasaraya. Beliau telah dibantu oleh Tangerine dan Lemon dalam memastikan tugasan yang diterima dapat diselesaikan namun Tangerine dan Lemon juga adalah mangsa terhadap konflik, seperti ladybug mereka ini terperangkap dalam satu konspirasi penjahat yang sebenarnya adalah anak beranak dimana persona Puteri dan Bapa yang menjadikan penceritaan ini penuh debaran. Ia Prince anak perempuan kepada Death white telah membaut satu konspirasi membunuh abangnya dan Bapanya telh mengupah Ladybug untuk mendapatkan wangnya dan memerangkap Tangerine dan Lemon untuk menyelamatkan anak lelakinya. Tangerine dan Lemon juga mempunyai persona wira palsu. Manakala ada persona pengirim bernama Hornet disediakan untuk memberi Ladybug peluang dan jalan mudah mencari dirinya dan watak Maria sebagai pembantu tak banyak membantu. Memang agak gila persona filem ini.

Melihat dunia arkitaip yang disediakan pula, aku merasakan filem ini mengambil arkitaip komedi dan tragedi, dimana persona didalam cerita ini diberi kekurangan dan tidak bernasib baik dan elemen penceritaan yang tidak masuk akal dapat membuat aku lupa apa yang sedang persona dalam filem ini berdepan. Gabungan kedua-dua arkitipe ini adalah pilihan mudah terajutama untuk mereka yang suka filem bertih jagung, apa pun filem ini masih baik dari filem 90 juta dan walau ia mencuri beberapa babak klise serta menggabungkannya secara konvensional ke dalam jalan cerita aksi.

Struktur cerita filem bermula dengan Ladybug yang mahu meninggalkan dunia jenayah sebagai pembunuh upahan, ini adalah matlamat dalaman beliau, namun diberi tugasan akhir untuk mendapatkan sebuah suitcase yang berisi wang dan ini adalah matlamat profesionalnya namun berhadapan dengan beberapa pembunuh upahan lain, ini adalah matlamat luaran beliau, dan mereka ini bukanlah pemghalang sebenar matlamat Ladybug namun Prince dan Death white adalah penghalang yang sebenar. Ladybug perlu mempertahankan kehidupan beliau dan menacapai matlamat dalamannya kalau tiak mahu mati, sekiranya dia gagal berhadapan dengan semua pembunuh upahan itu tadi hanya untuk tahu yang sebenarnya takdir selalu menyebelahi dirinya. Takdir adalah soalan penting dalam struktur cerita ini. 

 keseluruhannya filem "Bullet Train" ini akhirnya dirasakan sebagai satu sentuhan yang kelihatan terlalu dirancang dan dalam percubaannya untuk mewujudkan rasa anarki kelakar tanpa henti. Ia tiba di stesen, tetapi perjalanannya sukar, dan adalah lebih baik untuk menikmati "Bullet Train" untuk magnitud uniknya, cara Leitch telah memberikan pengabdiannya terhadap Tarantino dan jika anda sedang mencari varian lain pada tema yang dipakai, baik bagi adegan pertumpahan darah rambang yang disertai dengan kelembutan linguistik, Leitch telah menyerahkan segumpal makanan yang baik untuk pekerja kilang yang semakin ramai dan ianya pendatang.

#revisitingcinema
#senimanjalanan

Ulasan

Catatan Popular