Pengalaman itu Penjenamaan II

bersambung kembali...

Iya benar aku agak terkesan dengan episod pemberhentian kerja serta merta oleh Pengarah Seni aku sewaktu di Acubemedia. Namun diam aku diam diam ubi, aku bertindak membuat laporan di PERKESO tentang kejadian yang menimpa aku. Perunding Perundangan yang mengambil kes aku bersungguh sungguh mengatakan aku boleh tuntut hak aku. Dan aku setuju untuk lawan.

Kes mengambil masa agak lama juga dimana aku di waktu turun naik mahkamah aku telah bekerja disebuah syarikat pengiklanan yang tidak kurang hebat dengan projek mega mereka. Aku memohon kerja sebagai perekabentuk multimedia kerana sewaktu itu kekosongan jawatan dengan projek pembangunan courseware MOE telah berjaya mereka milik, namun melihat Vitae aku, aku di serap ke dalam jabatan penjenamaan.

Projek pertama aku didalam jabatan penjenamaan dibawah Pengarah Seni yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku waktu itu dengan sokongan rakan rakan perekabentuk, penulis copy dan pengurus jenama banyak mengajar aku proses Penjenamaan semula. Tugasan pertama aku adalah melakar thumbnails sebanyak mungkin sebuah jenama telekomunikasi berpandukan sejarah penubuhan mereka. Ia syarikat DiGi Telecommunications.


Rekabentuk jenama yang diguna pakai DiGi pada tahun 2005 adalah sumbangan dari batu jemala aku dengan beberapa olahan dilakukan oleh Pengarah seni aku waktu tu. Explorium mengambil masa selama 2 tahun sebelum jenama itu dilulus dan diterima pakai oleh DiGi. Bayangkan berapa amaun duit yang dilabur oleh DiGi untuk satu jenama.

Aku di Explorium tidak lama hanya sempat bersama untuk dua projek penjenamaan semula.

Berbalik kepada kes menuntut hak aku dari Acubemedia, setelah turun naik mahkamah dengan hujah dan soal balas kedua dua belah pihak selama beberapa bulan, aku berjaya menuntut hak aku. aku menang kes itu dengan pihak Acubemedia perlu membayar kos kerugian kepada aku dari keuntungan yang mereka perolehi melalui projek penjenamaan semula KDRM. Acubemedia pula telah memecat Pengarah seninya yang ego sewaktu proses pembicaraan dan dia hilang tidak dapat dikesankata bekas majikan aku.

Aku pernah kembali berjumpa dengannya sewaktu perjumpaan jurugambar di KLCC tidak lama dulu. Tapi aku buat tak kenal dan perhatikan gelagat dia dari jauh. Masih tak berubah, perasan hebat dan ego.

Masih di explorium, aku akan kongsi projek penjenamaan yang membuka mata aku terhadap kerja seorang Pengarah Seni dalam dunia pengiklanan.

Penjenamaan Pengalaman.

Ulasan

Catatan Popular