Film Poster Reimagined

Ok, sudah cukup lama blog aku ni ditinggalkan, tapi bukan aku suka suka tinggalkan... 
aku masih lagi akan menitipkan setiap ruang waktu aku sekiranya sempat di blog ini... 
kali ini aku kembali dengan penghormatan terhadap orang yang telah banyak membuka kota pemikiran aku dalam bercerita untuk filem... 
beliau seorang rakan dan guru yang sangat tinggi ilmu pengetahuan dalam bidang seni dan aku sangat bertuah pernah menuntut ilmu perfileman dengan beliau walau sekejap, tapi ilmu itu tinggi nilainya... 
sempat juga bekerja dibawah produksi yang beliau nakhodai dalam jabatan "The Making of" filem Hanyut...

Ia beliau adalah pengarah filem U-Wei Haji Saari.

Projek konsep ulang ni adalah cetusan rakan grup FB yang sedang rancak menjalankan battle konsep ulang poster filem.
Aku telah memulakan projek ini dengan filem filem ini dan beberapa filem yang aku benar benar suka... bukan filem kosong, tapi filem yang punya banyak pintu untuk aku masuk dan teroka...

Aku persembahkan;
Kaki Bakar - A Film by U-Wei Haji Saari

Black Widow Wajah Ayu - A Film by U-Wei Haji Saari

Buai Laju-Laju - A Film by U-Wei Haji Saari

Hanyut - A Film by U-Wei Haji Saari

Jogho - A Film by U-Wei Haji Saari

Perempuan Isteri & ... - A Film by U-Wei Haji Saari
#reimagined

Ulasan

Catatan Popular