Tragedi Janji Ditepati #6

Tragedi Janji Ditepati #1
Tragedi Janji Ditepati #2
Tragedi Janji Ditepati #3
Tragedi Janji Ditepati #4
Tragedi Janji Ditepati #5

---

Zalila terkesima dengan kata-kata Apiz yang sangat cerdik bunyinya itu....

[.]

Telan Pil Biru dan kembali ke ruang sentimental sewaktu kejadian yang menjadikan sungai di kampung baroh tempat Zalila menenangkan diri

Matahari semakin tenggelam dan hening senja menjadikan suasana semakin romantis dengan tiupan siulan setan setan yang di ubah menjadi angin sepoi sepoi bahasa dengan bunyi runut lagu nyanyian Ella bertajuk 2 Insan Bercinta bermain menyebabkan 2 Insan sedang dijerat percintaan meluahkan isi hati masing masing tanpa segan silu.

Zalila dan Harun Ajis meramas ramas jari masing masing umpama mamak menguli tepung roti canai. Tiada yang dapat menghalang mereka melalui detik detik indah di sungai di baroh itu.

Zalila seorang dara yang sopan dengan wawasan dan Harun Ajis seorang jejaka tampan namun tanpa hala tuju hanya melepak dan menghabiskan waktu dengan penjual eskrem yang menjadi kawan baiknya, si Apiz.

Namun hari itu, setelah bertunang dengan Harun Ajis dan mahkota dewa terlerai hingga patahnya sayap malam dan gugurnya bunga cinta, Zalila tidak lagi mempercayai pada cinta.

[..]

kembali ke dunia nyata.

Sejak dari hari Harun Ajiz memutuskan pertunangannya dengan Zalila, perubahan ketara berlaku dan Zalila menjadi seorang yang pemarah dan panas baran. Pantang bila dia mendengar nama Harun Ajiz pasti Zalila akan sentap dan mengamuk mengalahkan She-Hulk.

Ada sekali sewaktu dia sedang melayan adiknya Hadi bersama Rizal makan pedelpop di kedai Pak Sharul. Waktu tu kaki kopi tegar Pak Sharul iaitu Rozinor sedang melayan WWF di tivi kedai Pak Sharul menjadi saksi segalanya.

Melihat Zalila melayan Hadi dan Rizal dengan gembiranya, Pak Sharul merapati Zalila dan cuba untuk menasihati Zalila setelah mengetahui kes putus tunang beliau dengan Harun Ajiz. Tanpa basa basi Zalila telah menampar Pak Sharul dan disebabkan kejadian itulah cerita tersebar yang kononnya Pak Shahrul mengidap penyakit jangkitan telinga tengah(otitis media).

Itu semua hanyalah rekaan semata mata dan kerana itulah Rozinor sentiasa dapat minum kopi percuma hingga lewat malam kerana menyimpan rahsia paling dalam kedai kopi itu. Nak dijadikan cerita, ada juga cerita yang kata Pak Sharul sampai bernanah telinga dan membusuk hingga kedai kopinya diserahkan kepada Rozinor untuk dijaga sedangkan beliau pergi ke Besut, Pontian mendapatkan rawatan istimewa. itu cerita orang.

Namun kini, kecoh pula cerita tentang Hadi yang gila bayang pada Rudeen, namun cerita itu juga satu propaganda.

Apiz yang sebenarnya menjadi dalang terhadap kekecohan yang melanda Kampung Janji Ditepati. Apiz yang dikenali lemah lembut bicara sebenarnya mastermind terhadap kerosakan akhlak anak anak dara di Kampung Janji Ditepati dan Harun Ajiz menjadi alat melaksanakan agenda itu.

Harun Ajiz hanya alat yang dipergunakan Apiz untuk setiap konspirasi mendapat keuntungan menjual eskrem pedelpop. Kesian Harun Ajiz yang menjadi semut jadian ditepi pokok ketapang dalam dusun Pak Akob.

[...]

kembali ke kedai kopi Pak Shahrul

Kisah Apiz yang dicabul semut jadian telah menjadi buah mulut penduduk kampung dalam sekejapan sahaja dan Apiz tidak punya cara lain dengan memberitahu semua orang yang ada di kedai Pak Syarul supaya jangan percaya dengan berita arus perdana, kena dengar jugak berita alternatif. Berharap dengan pemberitahuan itu, konspirasinya dapat diteruskan namun sedang beliau cuba menegakkan benang basah datang Harun Ajiz mengeruhkan lagi keadaan.

Sebenarnya Harun Ajiz telah lama menyimpan perasaan terhadap Rudeen yang mengilai Apiz dan ketika itu beliau telah bertunang dengan Zalila, namun oleh kerana pada suatu malam beliau mendengar Apiz meracau menyebut nyebut nama Zalila telah menyedarkan beliau mempunyai peluang untuk memenangi hati si Rudeen. Cintanya pada Rudeen adalah benar dan beliau tidak mahu buat perkara yang diajar Apiz kepadanya sewaktu bercinta dengan Zalila.

Harun Ajiz telah meluahkan perasaannya kepada Rudeen di kedai kopi Pak Sharul dan memberitahu segala konspirasi yang dirancang Apiz terhadap semua penduduk kampung. Rudeen terkedu malu semalu malunya. Eskrem pedelpop yang sedang dinyonyot mencair secair hatinya mendengar luahan isi hati Harun Ajiz.

Manakala pintu hati Zalila yang telah lama terkunci telah dibuka semula mendengar kata kata Harun Ajiz yang membocorkan rahsia Apiz meracau menyebut namanya. Memang Zalila pun suka pada Apiz. Lagu lejen Kau Kunci Cintaku dalam Hatiku Ramlah Ram berkumandang dari corong radio. Tersipu sipu Zalila menahan merah mukanya kerana keseronokan mengetahui Apiz menyukai dirinya. Apiz yang sudah mulai merasakan dirinya berada diawangan awangan dek kata kata Harun Ajiz menunduk malu namun sempat juga menjeling pada Zalila yang sama menunduk malu.

Harun Ajiz meneruskan ceritanya.

Apa yang terjadi pada Hadi juga adalah konspirasi Apiz yang menyebarkan berita yang Hadi gila bayang kerana cintanya ditolak Rudeen. Harun Ajiz juga memberitahu kedudukan Rizal sebagai saiko agen yang akan membuatkan Hadi percaya yang beliau benar benar gila. Sedangkan konspirasi layang layang di tengah sawah itu sama sekali tidak masuk akal namun Harun Ajiz dan Rizal hanya menurut perintah Apiz yang mahu membuat si Hadi gila bayang dan pertunangan Harun Ajiz dan Zalila mudah diputuskan. Bak kata pepatah habis madu sepah disepah sepahkan.

Satu persatu agenda konspirasi Apiz diceritakan Harun Ajiz, membuatkan lutut Apiz terketar ketar. Adakah beliau bakal menjadi mangsa belasahan Zalila atau Pak Sharul ataupun Si Rudeen mahupun mangsa smackdown Rozinor.

Semuanya menanti masa. Dedaun berguguran ditiup angin.

Suasana di kedai kopi Pak Sharul senyap sunyi hinggalah Azan Asar berkumandang memecahkan kesunyian. Masing masing tersedar dari lamunan.

Usai tamat Azan Asar, Apiz yang dari tadi tertunduk malu kerana perbuatannya memulakan bicara.

Belum sempat Apiz bercakap, hinggap dikepalanya ketukan kesembilan sudip neraka yang dihayunkan Pak Sharul yang dari tadi menahan amarahnya, marah bukan sebab perbuatan konspirasi Apiz, tapi marah kerana disebabkan Apiz beliau torek telinga sebelah. Apiz hanya mengatup kepalanya dengan tangan menahan ketukan bertalu Pak Sharul.

Puas hati Pak Sharul berhenti, bukan kerana marahnya reda tapi beliau semput dan mahu ambil nafas.

Namun belum sempat Apiz bangkit dan mahu berkata kata, satu tendangan kilas hinggap ke rusuk kanan beliau menyebabkan beliau tercungap senak tidak boleh menarik nafas. tendangan yang dilepaskan oleh Rozinor itu sememangnya telah menanti Apiz sejak Harun Ajiz memecahkan tembelangnya namun dek kerana melayan WWF di tivi beliau menunggu masa yang sesuai.

Tendangan kilas itu disambung dengan grip ke leher Apiz dan diangkatnya Apiz dan dihempasnya atas meja kedai kopi Pak Sharul, seperti cacing kepanasan Apiz meliuk lentok menahan kesakitan. Pak Sharul disisi semakin kuat semputnya. Meja pecah.

Belum sempat Apiz menarik nafas, satu lagi pukulan hinggap ala ala Hulk Hogan. Semakin tenat Apiz kali ini.

Melihat keadaan itu, Zalila segera kehadapan dan menyelamatkan Apiz.

Rozinor terhenti langkah melihat Zalila membela Apiz. Merintih dengan rayuan, Zalila minta Rozinor menghentikan serangan. Melihat Zalila, Rozinor menghentikan serangan dan berlalu pergi dan sebelum pergi sempat dia beritahu Pak Sharul semua kerosakan ditanggung oleh Apiz.

Mendengar kata Rozinor, bertambah semput Pak Sharul.

Harun Ajiz yang dari tadi bersembunyi dibawah ketiak Rudeen mula keluar dari ketiak Rudeen dan merapati Apiz dan Zalila diikuti Rudeen. Harun Ajiz memohon maaf pada Apiz dan memberitahu yang cinta hatinya kini berada dalam genggaman. Beliau mohon diri dan terus berlalu pergi bersama Rudeen.

Zalila cuba memapah Apiz untuk bangkit duduk, dia merasa kesian kepada Apiz. Zalila bertanyakan kenapa Apiz bersusah payah merancang konspirasi ini sedangkan Apiz boleh berterus terang dengannya. Apiz hanya tersenyum sumbing tanpa berkata apa apa. Zalila hanya tersenyum melihat keletah Apiz.

Setelah mendapat duduk, Apiz bangkit dipapah Zalila. Apiz sempat beritahu Pak Sharul yang beliau akan tanggung segala kerosakan kedai kopi itu dan mereka berlalu pergi.

Apiz yang dipapah Zalila sempat bertanya pada Zalila, mahukah Zalila tahu kenapa Apiz merancang semua konspirasi ini dan Zalila beria ia mengangguk ingin tahu.

Apiz memberitahu Zalila bahawa ini semua drama swasta yang diarahkan oleh Pengarah Rizal Gunx dan rakan rakan.

Mereka berdua gelak riang dengan tawa hilai hingga berkumandang Azan Maghrib.

TAMAT.












Ulasan

Catatan Popular