PENERBIT - Huraian Kerja dan Ruang Kerja


  1. Merancang dan menyelaras pelbagai aspek penerbitan filem; Menemuduga dan memilih PENULISPENGARAH dan memilih barisanPELAKON.
  2. Menggariskan panduan konsep dan ide untuk ditulis oleh PENULIS dan menilai skrip akhir. Sekiranya skrip akhir perlu dirombak bayaran penuh harus diselesaikan sebelum memilih PENULIS lain atau meminta PENULIS asal merombak semula skrip.
  3. Mengolah atau menyunting skrip untuk memenuhi kehendak pengurusan atau keperluan lain.
  4. Menyelaras pelbagai aspek penerbitan, seperti kerja belakang tabir, audio, muzik, masa, kerja kamera, dan penulisan skrip.
  5. Memberi arahan kepada kru untuk membangunkan jadual pengambaran dan menyelaraskan butiran penerbitan yang dikehendaki.
  6. Memastikan objektif penerbitan tercapai dengan memberi ulasan.
  7. Menonton babak yang dirakam dan memilih adegan yang boleh digunakan untuk tujuan promosi menggunakan peralatan video.
  8. Mendengar rakaman pita audio untuk pengesahan skrip atau kesan bunyi agar mematuhi untuk standard menggunakan peralatan audio.
  9. Memastikan pakaian, prop, muzik, atau peralatan lain serta kakitangan diperolehi untuk melengkapkan proses penerbitan.
  10. Mewakili rangkaian pengedar dan bertindak sebagai penghubung kepada pemilik panggung dan memastikan panggung dipilih untuk tayangan.
  11. Mengkaji semula bajet dan perbelanjaan untuk penerbitan atau produksi komersial mematuhi belanjawan.
  12. Menyelaras butiran penerbitan untuk produksi filem secara langsung dari lokasi.
  13. Ditetapkan mengikut tahap tanggungjawab dan jenis penerbitan yang dihasilkan sebagai Penerbit Eksekutif; atau mengikut jenis media yang diterbitkan.

Ulasan

Catatan Popular