Jangan buang masa

Dalam filem cereka, menjadi struktur umum dimana anda perlu mendapatkan perhatian penonton dalam masa 10 minit pertama cerita dan ini juga perkara penting terhadap produser dimana anda perlu mendapatkan perhatiannya ketika membaca 10 mukasurat pertama cerita anda sebelum mencampakkannya ke dalam bakul sampah sekiranya cerita itu tidak bagus.


Bagi filem pendek, anda tiada masa 10 minit untuk bercerita tetapi perlu menjurus terus kepada setiap plot poin secepat mungkin.

Filem pendek, sepertimana cerpen adalah cebisan dan petikan kecil dari sebuah cerita yang lebih besar namun ianya berdiri sendiri dalam rangkuman format cerita. Selalunya filem pendek mempunyai satu babak yang terus sampai kepada klimaks dan sebaliknya mempunyai kejutan atau punch-line seperti jenaka.

Tidak terlalu mengikut struktur cerita yang mempunyai puncak cerita seperti filem cereka yang mempunyai tiga struktur babak. Filem pendek juga boleh memiliki struktur 3 babak, tiada betul atau salah.

Kaedah penceritaan berikut telah digunakan secara umum dalam filem cereka namun ianya masih boleh digunapakai untuk menulis filem pendek. Mengunakannya dalam filem pendek 2 – 3 minit mungkin agak susah namun cerita masih perlu permulaan, pertengahan dan juga akhiran. 

Tidak kira kaedah yang digunakan, tanggungjawab anda adalah membuat penonton terlibat dengan cerita anda secepat yang mungkin. Filem pendek haruslah mudah ditonton tanpa memusnahkan konteks dan aliran penceritaan yang asli.

Ulasan

Catatan Popular