Carijodoh Dot Com

Penulis lakonlayar & Pengarah: Rozinor Razali

Sinopsis:

“Carijodoh Dot Com” memperkenalkan SORAYA, 25, memegang jawatan sebagai Eksekutif Kanan di sebuah syarikat perkapalan yang meminati sukan lasak dan juga seorang aktivis seni yang sentiasa menjaga keterampilan dirinya agar kelihatan cantik. Namun sejak kebelakangan ini Soraya sering termenung jauh seperti memikirkan cadangan ibu bapanya untuk menyatukan Soraya dengan sepupunya di kampung yang baru pulang dari Luar Negara. Soraya sedang memikirkan bagaimana dia hendak menolak cadangan ibu bapanya itu dengan baik tanpa melukakan hati kedua belah pihak keluarga yang disayanginya itu.

Soraya bekerja di Menara Sinergi bersama sebuah Syarikat Perkapalan & Kontena di Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai ramai pekerja yang berdedikasi dan berlumba lumba mengejar kesenangan dan kekayaan yang dikongsi oleh syarikat yang sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya dan selalu mengadakan rombongan keluarga sekali setiap bulan dan menaja wang belanja bagi pekerja yang ingin berumahtangga

DAIM, rakan pejabat Soraya yang sering menyakat Soraya hanya untuk mendekati diri Soraya dan menyimpan perasaan cinta terhadapa Soraya. Selalu ditanya dengan soalan “bila mahu berumahtangga” oleh ibu bapanya menyebabkan dia tertekan untuk mencari cinta hingga Daim telah mendaftar diri di sebuah laman web jaringan sosial untuk mencari kenalan.

Setelah diberitahu oleh rakan pejabat tentang laman web jaringan sosial yang menyediakan servis mencari kenalan, Soraya telah mendaftar secara senyap dan telah mendapat janji temunya yang pertama. Janji temu itu telah membuatkan Soraya menjadi resah dan gelisah membayangkan rupabentuk kenalan barunya itu tidak sesuai dengan dirinya namun segalanya terjawab apabila Soraya bertemu dengan temu janjinya dan merasa gembira kerana mendapat cinta sejati.

Ulasan

Catatan Popular