REVISITING CINEMA #50 : THE WAILING (16)

"SEMUANYA PALSU, SEMUA MATI, HANYA KEBENARAN TINGGAL"
Aku menonton filem ini pertama kali pada 2017, di panggung, masa tu ramai yang cakap pasal filem ni. Aku duduk, aku tengok, aku keluar, aku lupa. Aku rasa berbelit-belit, aku rasa penat, aku rasa macam kosong, masuk dengan harapan, keluar dengan tanda tanya. Tapi semalam, aku tengok balik. Sebab aku nak blogging, mungkin sebab aku dah berumur, aku dah tak cari jawapan mudah.


Aku tengok dengan tenang. Dengan khusyuk. Macam orang yang pergi masjid bukan sebab kena paksa, tapi sebab dia dah bosan dengan dunia. boleh ke macam tu, semoga hidayah allah diberi kepada semua umat kekasihnya, aamiin.

The Wailing, ditulis dan diarah Na Hong-jin, bermula dengan Jong-goo, sarjan polis yang selesa dengan hidupnya. Ibu mertua masak sarapan, isteri senyum, anak perempuannya Hyo-jin manja. Dia makan, dia lambat, dia tak ambil kisah. Pembukaan ni, orang kata slow, orang kata biasa, tapi aku nampak isyarat. Dia dipaksa makan, dipaksa tenang, dipaksa bahagia. Sebab lepas ni, Tuhan takkan paksa dia apa-apa lagi. Hanya ujian dan tekanan.


Dia dikejutkan awal pagi oleh pegawainya dengan satu kes pembunuhan. Bukan satu, tapi beberapa. Ada orang mati macam dikokak dagingnya. Ada yang bunuh diri dengan membakar diri. Jong-goo tenang, sebab dia polis. Polis percaya bukti. Polis percaya logik. Polis tak percaya hantu.

Tapi ada perempuan misteri baling batu pada dia berkawal dan sedang menyiasat di lokasi pembunuhan. Dia cakap, lelaki Jepun atas bukit tu. Dia yang buat. Jong-goo tak ambil serius, separuh hati. Sebab dia polis, dan polis tak boleh tangkap orang sebab perempuan gila baling batu.

Lelaki Jepun tu Na Hong-jin letak di atas bukit, bukan sebab nak bagi dia nampak gah, tapi sebab dia atas dari semua orang. Dia tengok ke bawah. Dia tengok kampung. Dia tengok Jong-goo. Macam setan tengok manusia dari tempat tinggi, bukan sebab dia takut, tapi sebab dia tengah scan siapa yang lemah jiwanya.


Jong-goo naik bukit. Bawa kawan-kawan. Jumpa mayat. Jumpa "zombie", bukan zombie Hollywood, tapi mangsa yang roh dia dah dicuri, badan tinggal jadi cangkang yang boleh digerakkan. Ini bukan wabak virus. Ini wabak roh. Jong-goo lari. Sebab dia tak percaya apa yang dia nampak. Logik dia hancur. Tapi ego dia tak hancur. Dia masih fikir dia boleh selesaikan dengan cara manusia, tangkap, penjara, atau halau.

Anak dia pula sakit. Hyo-jin mula meracau, mula makan daging mentah, mula tergeliat macam binatang. Ibu mertua panggil shaman Korea, Il-gwang. Pakaian dia macam wayang kulit, bunyi gong dia macam hujan. Ritual dia panjang, dramatik, macam teater yang tak ada penonton. Aku tengok scene ritual tu, aku teringat kenduri kampung, ramai orang, bunyi kuat, tapi hati kosong. Il-gwang menari, menjerit, menangis, dan lelaki Jepun tu pun tak duduk diam, melawan dan hampor kalah, shaman Korea kalah sebelum lawan sebab Jong Goo tak tahan melihat anak dia sakit.

Ada paderi. Dia tahu. Dia nampak. Tapi dia tak turun padang. Dia macam orang yang baca buku agama tapi tak pergi solat Jumaat. Dia debat dengan lelaki Jepun, scene yang ramai orang lupa, tapi aku rasa ini scene paling penting. Paderi cakap, lelaki Jepun senyum dan transform diri dia yang sebenar, dia adalah Iblis. Paderi kalah bukan sebab Kristian salah, tapi sebab Kristian dalam filem ni juga tak cukup. Na Hong-jin tunjuk, agama yang kau pegang, kalau kau pegang setengah-setengah, setan tak takut.


Dan ada Moo-myeong, perempuan putih. Dia muncul di lokasi pembunuhan, baling batu, cakap karut. Dia muncul lagi di jalan, beritahu Jong-goo, "Aku pasang perangkap, kalau kau sedar ada semacam bunga yang digantung di pintu masuk setiap lokasi pembunuhan, itu tanda mangsa sudah dipilih, tiada lagi gear reverse kalau dah dipilih. Tunggu ayam berkokok tiga kali." Jong-goo keliru. Il-gwang telefon, kata jangan percaya dia. Moo-myeong kata Il-gwang jahat. Jong-goo tak tahu mana satu. Dia tengok hairpin anak dia atas tanah dekat Moo-myeong. Dia rasa Moo-myeong jahat. Dia lari balik rumah, semua dah terlambat.

Ayam belum berkokok ketiga. Dia pecahkan perangkap. Dia jumpa anak dia. Anak dia senyum. Anak dia bunuh isteri dia. Bunuh ibu mertua. Bunuh semua. Jong-goo tengok, meratap, menjerit tak tahu nak buat apa, mental terus. Dia tak boleh buat apa. Sebab dia salah pilih. Bukan sebab dia pilih Moo-myeong atau pilih Il-gwang, dia salah sebab dia tak pernah percaya pada apa-apa pun dari mula-mula.

Na Hong-jin ambil 6 tahun buat filem ni. Dia tanya soalan yang sama, "Is there a God? If there is, would he be always good?"

Dia Kristian. Tapi dia tunjuk dalam filem ni, Kristian dia pun tak selamatkan sesiapa. Shaman Korea hancur. Paderi senyap. Jong-goo mati. Hyo-jin, yang Na Hong-jin letak diri dia sendiri dalam watak tu,  dia rasa dia ada jinx. Dia rasa dia sebabkan semua benda buruk.

Tapi aku tengok filem ni sebagai Muslim. Aku nampak lain. Aku nampak setan purba yang Na Hong-jin tak berani namakan. Aku nampak Iblis yang duduk atas bukit, bukan sebab dia kuasa, tapi sebab manusia yang tak percaya pada agama yang sebenar bagi dia ruang untuk main. Jong-goo adalah personifikasi manusia yang tiada pegangan agama, dia makan, dia tidur, dia kerja, dia sayang anak. Tapi bila setan datang, dia takde apa-apa untuk lawan. Bukan sebab setan kuat. Sebab iman dia kosong.

Visual filem ni sangat baik. Hong Kyung-pyo, DOP yang sama buat Snowpiercer dan Parasite, dia buat setiap daun di hutan nampak macam tangan yang nak tarik kau. Setiap rumah nampak macam kubur yang belum digali. Tapi aku tak nak cerita teknikal. Aku nak cerita apa yang aku rasa.

Aku rasa filem ni bahaya. Bukan sebab hantu. Bukan sebab darah. Bahaya sebab dia persoalkan Tuhan tanpa jawab. Na Hong-jin cakap dia sengaja tak jawab. Tapi aku rasa dia dah jawab, dia jawab dengan tunjukkan semua agama yang dia letak dalam filem ni gagal. Shaman Korea hancur. Kristian kalah. Logik Jong-goo mati. Yang tinggal hanya setan dan pengikutnya yang tersenyum.


Tapi aku ada jawapan lain. Aku ada jawapan yang Na Hong-jin tak tulis. Sebab jawapan tu bukan dalam filem, jawapan tu dalam hati yang percaya.

Aku sarankan, kalau kau mudah terkesan dengan filem, tengok ni dengan orang yang pandai membaca. Sebab filem ni bukan cerita hantu. Filem ni adalah seruan, tapi seruan yang salah arah kalau kau tak tahu mana utara. Na Hong-jin ada ego tinggi. Dia letak pendirian dia dalam Hyo-jin, anak yang rasa bersalah, yang rasa dia sebabkan semua. Tapi dia lupa, atau dia tak tahu, yang setan tu bukan main-main. Setan tu ada tujuan. Dan tujuan tu dicatat dalam kitab yang dia tak baca.

Ramai orang cakap "best", ramai orang cakap "confusing". Aku dulu confuse. Tapi semalam aku faham. Bukan faham cerita, faham mesej di sebalik cerita. Na Hong-jin cari Tuhan. Tapi dia cari dalam tempat yang salah. Dia cari dalam ritual, dalam debat, dalam darah. Tuhan tak ada di situ. Tuhan ada dekat kalau kau percaya tuhan itu wujud.

Jong-goo mati jiwanya sebab dia goyah. Semua watak mati sebab mereka goyah. Shaman Korea kekal begitu, walau tak mati, paderi pun setelah debat dengan Iblis, kita tak tahu apa jadi padanya, Iblis pandai main kamera filem ambil fotonya, perempuan putih ini adalah pengikut Iblis atas bukit, nak impress Iblis dengan usaha menyesatkan penduduk kampung, semua lambang kepercayaan palsu. Semua ditewaskan oleh Iblis yang duduk atas bukit dan pengikutnya, yang tersenyum, yang makan daging mentah. Sebab Iblis tahu, manusia yang tak pegang agama yang sebenar, mudah dilipat.

Aku tulis ni bukan untuk takutkan kau. Aku tulis ni sebab aku sayang. Aku tulis sesuatu yang haq.

"Semua agama tidak benar, hanya Islam yang haq. Tuhan yang disembah adalah Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya. Inilah jawapannya. Na Hong-jin cari, tapi dia cari dalam hutan yang gelap. Itulah beza antara mati dengan hidup."


Salut!

#revisitingcinema #senimanjalanan

Ulasan

Catatan Popular