REVISITING CINEMA #48 : THE RED LINE (26)

"SCAM YANG MENIPU, PEREMPUAN YANG BANGKIT"

Aku menonton filem ini, selepas makan malam, sambil telefon aku senyap, tak ada scammer call malam ni, mungkin sebab aku tak ada 5 juta untuk diorang curi. Aku pilih filem Thailand ni sebab bosan dengan Hollywood yang sama, hero sempurna, plot boleh teka. Aku nak cerita Asia, cerita yang bau mi sup dan peluh, cerita yang scammer dia cakap bahasa kita faham.

The Red Line dibuka dengan Orn di dapur, potong bawang, api menyala, telefon berdering. Seorang suara lelaki kononnya dari pejabat polis, kononnya ada masalah, kononnya 5 juta dia kena pindah sekarang. Aku tengok, aku geleng kepala. Awek lawa ni, isteri seorang lelaki dominan yang bising di rumah, senyap di luar, dia kena scam macam kena santau. Aku rasa macam diperbodohkan sekejap, scammer dalam filem ni punya skrip sama je dengan scammer yang call aku minggu lepas, cuma diaorang tak ada 5 juta dari aku untuk dicuri.



Tapi itu baru permulaan. Sitisiri Mongkolsiri, pengarah yang aku kenal dari Krasue: Inhuman Kiss dulu, dia tak nak cerita scam biasa. Dia nak cerita tiga perempuan yang dunia hancur, lalu mereka hancurkan dunia balik. Ada Wow, doktor bedah plastik yang muka orang lain cantik tapi hidup dia hancur. Ada Fai, influencer yang hidup di atas skrin, jatuh ke bawah sebab nenek dia kena scam sekali. Dan ada Yui, ini yang aku suka, scammer sendiri, perempuan yang pernah mencuri sebab anak dia lapar, dikejar, bersembunyi di warung makan, dan warung tu ternyata milik nenek Fai. Nenek tu bagi duit, pesan jangan mencuri lagi. Tup tup, Yui jadi scammer jugak. Ironi? Tak. Realiti. Orang yang tamak selalu rugi, tapi orang yang lapar selalu tamak.

Aku suka build up emosi filem ni. Setiap watak, dari hati murni sampai ke tangan berdarah. Orn yang mula-mula hanya surirumah menangis, akhirnya dia yang rancang. Wow yang selamatkan muka orang, akhirnya tak boleh selamatkan diri sendiri tanpa darah. Fai yang hidup untuk followers, akhirnya lari dari semua orang. Dan Yui, scammer yang ada hati, dia yang jadi jambatan antara mangsa dan penjenayah, lalu dia jadi mangsa sendiri.

Ada Aood, ketua scammer. Dia berjaya, tapi tamak. Dia bmengurus operasi sendiri di Poipet, Cambodia, elit, teratur, macam syarikat multinasional. Tapi dia lupa, scammer yang tamak akan kena scam balik oleh takdir. Dia caring pada keluarga, tapi keluarga dia tak tahu darah mana yang basah di tangannya.

Filem ni panjang, 135 minit, dan separuh kedua ada "cracks", melodrama berlebihan, aksi klimaks implausibel. Panjang? Ya. Tapi aku rasa Sitisiri sengaja, dia nak kita rasa penat, nak kita rasa macam tiga perempuan tu: trapped, desperate, tak ada jalan keluar. Scene vigilante di hujung? Memang macam filem lain, macam The Beekeeper versi low-tech, tapi aku tak kisah. Sebab bukan aksi yang penting, sebab perubahan yang penting.

Yang aku nampak, women empowerment sebenar filem ni bukan pada aksi, tapi pada scene terakhir. Balik ke dapur Orn. Bukan bawang kali ni, bukan api menyala. Duit 5 juta yang hilang, yang dia cari balik dengan darah dan penjara, dia susun cantik atas meja yang sama dia potong bawang dulu. Suami dia masuk, lelaki dominan tu, yang selalu bising, yang selalu "aku yang cari makan". Orn beritahu dia: "Aku selamatkan kau dari penjara. Aku buat ni untuk family. Bukan kau je berjuang untuk family."
Lelaki tu tunduk. Dia kena hantar dan jemput anak sekolah. Kena semak kerja sekolah anak. Kena baca buku pada anak sebelum tidur. Setiap hari.



Aku tergelak sorang-sorang. Scam, persona, vigilantism, semua tu hiburan. Tapi mesej ni? Ini yang filem patut buat. Ini yang "filem baik" maksudkan, bukan teknik cemerlang, bukan sinematografi cantik, tapi manfaat. Manfaat untuk perempuan yang tengok, yang rasa, yang akhirnya tahu: kau boleh selamatkan diri kau, dan lelaki yang kau fikir dominan tu, sebenarnya boleh tunduk kalau kau berdiri tegak. Buat filem 135, mesej dia nak beritahu itu je, betul ke, korang tengok sendirilah.

Fai? Nenek dia mati, dia jadi pelarian.

Wow? Sama.

Yui? Mungkin mati, mungkin tak, filem tak confirm, Tapi Orn? Dia duduk di rumah, dengan duit, dengan suami yang tunduk, dengan kuasa yang dia tak pernah minta, tapi dia ambil balik. ending hepi ke camni, realitinya, dalam sebuah rumah, kau tak boleh berlakon untuk kekal bahagia, tapi filem ini, realitinya.

Aku terhibur. Bukan sebab aksi, bukan sebab plot twist. Aku terhibur sebab aku nampak kemenangan kecil di dapur, di atas meja, dalam senyap suami yang akhirnya dengar.

Kalau ini filem yang baik, ia beri manfaat pada semua. Bagi aku, aku terhibur jelah.

Salut!

#revisitingcinema #senimanjalanan

Ulasan

Catatan Popular