REVISITING CINEMA #15 : BIG FOUR (22)

Timo Tjahjanto kini kembali dengan filemnya yang ditayangkan di netflix bertajuk Big 4. Filem ini berteraskan setiakawan dalam hidup namun tiada perkara yang baik dapat dirungkai kalau asanya adalah jenayah, walaupun persona dalam filem ini baik peranan setiakawannya. bagi aku ia adalah sebuah filem hiburan dan intipati yang dibingkaikan sangat menakjubkan dengan kerja kamera yang dikawal dengan baik untuk memberi pengalaman visual penceritaan tahap maksimum.


ALKISAH

Dalam The Big 4, Apabila seorang bapa yang telah menjaga dan mendidik, Petrus (Budi Roth) telah dibunuh oleh bekar anak didiknya yang berdendam kerana tidak dilayan sepatutnya. Maka ini menyebabkan Topan (Abhimana Arya Satya), Alpha (Lutesha), Jengo (Ali Kriting), dan Peror (Cristo Immanuel) terpaksa bersara dan memulakan hidup baru. Setelah aman dan damai meninggalkan kerjaya jenayah mereka, anak perempuan kepada Petrus telah mendapati bapanya telah dibunuh mula menjejaki mereka berempat. Dimana Dinah (Putri Marino) telah kembali ke sebuah pulau tempat mereka berempat menyerahkan kehidupan mereka pada alam dan menjadi manusia biasa telah mengembalikan rasa yang yang ditinggalkan dan mahu kembali beraksi sedangkan Dinah adalah seorang pegawai polis dan Hassan adalah pegawai atasannya yang juga orang yang telah membeloti bapanya Petrus. Ketibaan dinah di pulau itu telah menarik perhatian pembunuh sebenar bapanya, Antonio (Martino Rio) yang setersunya mendedahkan persembunyian the Big 4.

apa yang dihdiangkan Big 4 adalah dinamik dan luas struktur ceritanya. Babak dunia yatim kita diperkenalkan dengan protaganis, petrus yang telah menyelamatkan ramai kanak-kanak yatim piatu dari menjadi bahan dagangan oleh sindiket yang menjual organ manusia. Ini menyebabkan Petrus mempunyai hubungan yang rapat dengan 4 orang anak yatim yang seterusnya menjadi anak angkatnya dan bersama beliau membanteras jenayah dengan jenayah. Ia perkara ini yang aku katakan tadi, darah dengan darah, tulang dengan tulang, ini hukum alam semulajadi dan Big 4 menghidangkan perkara kehidupan yang digara menjadi hiburan. Petrus walaupun telah mendidik mereka berempat sejak kecil, memberi kasih sayangnya dan bersahabat dengan pihak berkuasa, rupanya terjerumus dalam sindiket yang membahayakan nyawanya. Paling kasihan hubungan dia dengan anaknya sendiri berantakan kerana usahanya memerangi jenayah dan menyelamatkan anak-anak yang tidak berdosa. memikirkan untuk membayar segala masa yang telah hilang antara dia dan anaknya, Petrus mahu berundur diri namun telah dibunuh.

PERSONA

Terdapat adegan yang menyentuh hati dalam filem ini, tetapi ia bukan satu untuk kanak-kanak. Tjahjanto bukanlah seorang pengarah yang menjauhkan diri daripada pertumpahan darah dan keganasan. Persona yang dibangunkan dalam filem ini memiliki sifat yang sangat utuh sebagai watak dan setiap persona membantu satu sama lain seumpama ianya adalah satu persona yang berdiri atas kaki sendiri, menjunjung langit tanpa perlu mengharap bantuan lain, ini dapat dilihat bila mereka berempat tidak bersatu, roboh segala usaha yang dibina, dan apabila mereka bersatu, tiada yang dapat mengalahkan mereka, itu yang dilihat dan dididik oleh Petrus, sifat diri Petrus adalah dalam mereka berempat.

Jika ada Persona wira dalam bingkai, pasti perlu Persona kejahatan, walau aku merasakan persona utama memerankan watak mereka dengan begitu hebat, aku tidak boleh lupakan persona yang dibawa oelh Martino Rio yang memeran persona Antonio yang tiada batas jahatnya namun sisi hitamnya dia seorang yang kurang kasih sayang. Watak kegilaan yang diberikan kepadanya dengan mengangkat sifat dendam telah diabwa dengan sangat baik dan berdiri sendiri dengan berteraskan realiti. persona ini faham kejahatan tak semestinya menunjukkan dirinya jahat, tapi ia dipamerkan dalam sifat. Sangat mengagumkan. Setiap tindakan dan pilihan yang dibuat dihidang. Memang gila dan aku suka persona ini.

KRITIKAN

ada satu perkara yang perlu aku menjadi kritis adalah setiap momen yang agak keterlaluan dan komedik telah dikumpulkan dalam filem ini dan ianya adalah sesuatu yang baik kerana momen itu menambah rasa debaran yang disulamkan dengan perasaan lucu dan aku lupa aku sedang menonton di panggung. Pengkahiran cerita yang diberi clifhanger juga berkemungkinan ini adalah satu percubaan menghaslkan sebauh filem francais dan sebagai pengusaha bisnes filem, ianya bertepatan dengan penceritaan namun dapatkan mengekalkan momentum yang serupa dalam sekuel berikutnya? dan, aku merasakan perlu meletakkan jari telunjuk aku di mulut dari meluahkan siapakah pembunuh Petrus yang sebenar, dalam erti kata lain, aku mahu melihat apa cerita selanjutnya.

DAN KESELURUHANNYA...

menonton filem perlu membawa aku ke dunia yang dicipta, walau aku tidak menonton filem ini dipanggung, hanya didalam ruang bilik aku yang memprokjektorkan visual HD, aku dapat menikmati perasaan menonton filem di sinema. aku kebelakangan ini banyak menonton filem-filem dari luar di paltform netflix dan sangat kagum dengan pencapaian pembikin filem yang telah mencapai maksud bikin filem yang sebenar, sebuah kolektif yang berusaha bercerita dalam bentuk visual bukanlah kera seorang sutradara, tapi ianya kerja kolektif dan Big 4 mempamerkan usaha berkenaan dari penceritaan, visual, kesan khas, busana, reakbentuk produksi dan seluruhnya.


dan bila lagi industri kita mahu mempunyai kolektif terajutama yang dihormati dalam kerjanya dan bukan sekadar kerja menghasilkan wang tapi akrya yang boleh dinikmati sebagai sinema. Pemain kita yang ada sudah cukup matang untuk bekerjasama, namun kapitalis menjadikan mereka hamba untuk bekerja pada kadar paling rendah dan harus diterima sahaja untuk hidup.


maka sinema kita mati kerana harapan tidak kesampaian.


Salut!

#revisitingcinema
#senimanjalanan

Ulasan

Catatan Popular