REVISITING CINEMA #11 : Dredd (12)

R U N D I N G A N T A M A T, H U K U M A N M A T I

Aku tak pasti bagaimana nak mula lawatan ini, tapi jujurnya, filem ini adalah adaptasi terbaik komik ke filem yang pernah aku tonton. Ada filem yang cuba memberi dunia moden dengan sumber yang merosakkan dunia asalnya. Terlalu mencuba pun boleh jugak. Terajutamanya berani untuk mengekalkan keaslian ceritanya sambil mencantikkan tanpa perlu menjadikan ia tidak realistik, ia satu tandatangan milik terajutama yang asli. Aspek dan perspektif kartun asal dikeluarkan dan cuba memberi filem itu kemodenan yang bersahaja, ditambah dengan keganasan dan darah yang memberi kepuasan. Kesan slo-mo, cahaya dan warna yang menakjubkan, ada beberapa filem yang mengambil ide ini.


Mengungguli semua gaya seni, reka bentuk set, pakaian dan cerita yang menakjubkan, kecuali satu watak dengan rambut palsu juga menjadi kelemahan jabatan rekabentuk produksi, gila murah sangat, ini adalah penggambaran terbaik wira komik yang pernah ditonton, ketabahan dan garis cerita yang punya struktur yang kuat, digambarkan dengan baik oleh Karl Urban dan ia menjadikan "Dredd" hampir sempurna, tidak berusaha terlalu keras dan profil wataknya yang jelas adalah tidak menanggalkan helmetnya.

Tak lupa juga, pilihan watak sokongan yang hebat juga membantu penceritaan di penghujungnya, selepas semua yang dilalui, dapat dirasakan keadilan menjadi pemenang dan itu jelas matlamat "Dredd" dalam cerita ini yang diangkat oleh rookienya "Anderson". Satu kelemahan paling ketara adalah kewujudan 3D dalam filem ini dan unsur ini tidak memberi kenikmatan menyeluruh, tak pasti kenapa. 

Aku tak perlu nak bagi filem ini bintang, aku hanya mahu nikmati aksi dalam filem, tak seperti satu ulasan filem yang beriya-iya mengatakan satu tokoh pejuang melayu tu fasis, tonton filem ini kau akan nampak asas fasis dalam sebuah filem, tapi kita raikan je pendapat masing-masing. Filem ini ada rasa seperti filem "Dirty Harry" dan ada rencah orang-orang yang marah seperti dalam filem "12 Angry Men". "Dredd" percaya bahawa ini adalah cara yang tidak baik untuk sebuah sistem keadilan dan jenayah diperlihatkan, membolehkan bagaimana seorang manusia yang terhempas ke konkrit dari tingkat 200 dalam gerakan perlahan yang melampau.

Personafikasinya, Ia adalah pembakar perasaan yang jelas terhadap ketidakadilan duniawi. Kau mesti pernah rasa begitu, jika apa yang kau mahu, kau tidak kecapi, malahan kau diketepikan. Jadi jawapan yang jelas, "apa yang salah dengan budaya kehakiman kita?" sudut pandangannya, perlu timbangan dan perhatian yang jelas terhadap isu ini, namun ia dibalas dengan jawaban 4 hakim yang menjual diri dengan duit, tak semua akan hidup dengan baik selama kuasa ada ditangan. Korupsi juga menjadikan manusia hilang pertimbangan.

Akhirnya, tak boleh tak cakap, filem ini mempunyai potensi. Setiap shot dalam adegan menimbulkan kebingungan, macam filem Mat Kilau dan tak lepas dari memikirkan bagaimana telah disediakan kehebatan dan kekaguman dengan kesan khas letupan dan banyak detik koreografi yang mendebarkan, kekacauan dan kematian penjahat yang layak. Sebaliknya, khalayak dilayan dengan pilihan dan konfrontasi antiklimaks. Potong!

Satu-baris yang diungkapkan dalam beberapa saat dengan begitu tenang tidak begitu sampai dan di luar jangkaan, tetap membingungkan, terlalu berusaha untuk tidak mengubah mood dan tidak mempunyai kesan yang boleh dipuji. Mahu bersorak, tetapi detik-detik akhirnya, bosan tidak memberi aku alasan untuk memberi bintang terhadap penceritaan. Sama seperti Mat Kilau, aku enjoy menonton. 

 "Dia baru sahaja berubah fikiran." - Anderson

 #revisitingcinema 
#senimanjalanan

Ulasan

Catatan Popular