REVISITING CINEMA #10 : EVERYTHING EVERYWHERE ALL AT ONCE (21)
Dunia realiti dan dunia fantasi sering kali melintasi pemikiran manusia yang mahukan kesempurnaan. Tiada keadaan di mana manusia normal tidak berfantasi. Kita semua berfantasi mahukan keadaan yang sempurna dan mengikut kehendak kita namun tanpa disedari fantasi itu kekadang menyebabkan tekanan kepada manusia lain. Kesempurnaan yang kita impikan menyebabkan kecelaruan dalam duna, dalam keluarga, dalam organisasi dan dalam hubungan silaturahim itu sendiri, dan ada waktunya kerana mahukan sesuatu, manusia menjual dirinya kepada syaitan.
Seperti dunia realiti, dunia filem juga kini semakin dibanjiri dengan fantasi, dan itu adalah masalah pembikin yng cuba menyuarakan pemikiran mereka dengan mengambil jalan berfantasi dalam penceritaan, ini kerana fantasi adalah genre yang paling berisiko, Tiada jalan mudah dengan mengangkat genre fantasi kerana ianya tiada asas yang kukuh sama sekali.
Walaupun karya realisme selalu menyebabkan penonton rasa jiwa kacau keran tidak faham atau cuba memahami keadaan, ini kerana penceritaan realisme bergantung pada pengalaman, pemerhatian, dan pengetahuan, namun penceritaan fantasi sebenarnya sangal ringan dan biasa-biasa saja dan dipenuhi dengan kekosongan yang telus, reka bentuk bahagian yang tidak disatukan oleh suasana kehidupan sosial, apabila berjaya, fantasi akan diangkat mulia, seolah-olah mengembangkan sifat pengalaman melalui imaginasi spekulatif. semua inikan fantasi yang cuba menginjak realiti.Ada beberapa filem yang baik kebelakangan ini seperti, “Us,” dan “The French Dispatch”, ia adalah fantasi, dan kejayaan artistik cerita digandakan oleh penentangan mereka terhadap pengkorporatan ide fantasi dalam produksi yang berlebihan dan pengurusan francais perwatakan superhero, dan apabila, ide fantasi yang gagal pula adalah penghapusan, dan itulah cara paling mudah menerangkan filem "Everything Everywhere All at Once," sebuah filem oleh Daniel Kwan dan Daniel Scheinert (duo bernama Daniels), dan jika bukan kerana kehadiran pelakonnya yang menarik dan berkarisma, ia tidak akan meninggalkan apa-apa selain sebuah penceritaan yang hilang dari pandangan apabila lampu panggung menyala.
Kisahnya, Diarahkan oleh duo pembikin filem Daniels, drama komedi ini dibintangi oleh Michelle Yeoh sebagai Evelyn, seorang ibu yang sibuk bekerja, yang hari-harinya semakin teruk kerana dia sedang diaudit oleh IRS, dan semasa lawatan untuk merayu kesnya, dia mengetahui bahawa dia hanyalah salah seorang daripada ramai Evelyn dari multiverse, dan versi lain dirinya telah berupaya untuk melompat ke dalam fikiran Evelyn yang lain eminta bantuannya. Segala-galanya boleh dan akan berlaku apabila pengarah mengambil konsep yang benar-benar tidak masuk akal dan membumikannya dengan mesej yang boleh dikaitkan. Untuk semua kekacauan, ini adalah mengenai keluarga dan meluangkan masa untuk mereka yang paling penting dalam hidup anda.
Filem ini mungkin mengatasi pencinta arus perdana, tetapi keanehannya juga yang menjadikannya penceritaan fantasi ini istimewa. Secara jujur, filem ini juga adah GAY, mungkin dari trelernya tidak ada apa yang jelas terhadap filem ini, namun setelah menonton, jelas mesej GAY itu diangkat dalam semua babak, dan aku bukan sahaja bercakap tentang perasaan tidak menyenangkan yang mana selalu sangat kita melihat Michelle Yeoh berlawan. Namun filem fantasi ini, adalah cerita yang jelas aneh dari segala sudut.
Filem ini adalah filem tentang cinta dan penerimaan. Walaupun cita-citanya tinggi, ianya adalah ada membawa tentang keikhlasan perasaan dan emosi, keikhlasan yang sangat besar dari segala apa yang ada, Dan walaupun aku suka keikhlasan, bagi aku, ia mesti bersandarkan realiti, bukan fantasi seperti filem ini. Mesej kedamaian dan cinta yang kosong boleh menyerang dan menjadi lebih ganas daripada keganasan itu sendiri.
Aku tidak akan sekali-kali mempertikaikan keganasan, Tetapi aku cuba menulis dan berkongsi untuk belas kasihan yang infiniti, dan akhirnya, itulah yang dilakukan oleh filem ini. Kita tidak perlu untuk bersetuju, kita tidak perlu memaafkan perkara yang tidak boleh dimaafkan, tetapi kita dapat melihat sifat kemanusiaan dalam diri setiap orang yang dekat dengan kita. Kita hanya perlu jadi diri kita dan bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan dan cuba tidak berfantasi.
Akhirnya, kita akan dapat melihat kemanusiaan dalam setiap versi diri kita. itu pun aku hanya berfantasi kalau aku punya multiverse dalam realiti ini. Berpijak pada bumi nyata, junjung langit yang memayungi kita, kita pasti akan dapat menuju kejayaan abadi nanti.
Salut!
#revisitingcinema
#senimanjalanan
Ulasan