Revisiting Cinema #08 : Flawless (07)

Filem thriller rompakan ini tidak menjanjikan banyak perkara. Tidak kurang aktor Michael Caine yang berusaha menghidupkan kembali kenangan beberapa filem hebatnya dari tahun 1960-an dengan memerankan peranan sebagai seorang janitor yang mendalangi rompakan dalam dunia fiksyen di sebuah organisasi bernama London Diamond Corporation dan Demi Moore sebagai eksekutif wanita yang sentiasa tidak menjadi pilihan dan terlepas peluang untuk kenaikan pangkat kerana dia bukan sebahagian daripada kelompok atau kumpulan elit dalam kelab lelaki organisasi tersebut.


Tetapi tidak seperti filem terakhir mereka, yang mana Caine dan Moore pernah muncul bersamadalam sebuah filem komedi tahun 1984 bertajuk Blame It on Rio, filem ini adalah turgid, bermaksud ianya tidak jelas dan samar, terlalu pantas. Kisahnya, Apabila mengetahui bahawa dia akan dipecat, perunding wanita yang bijak memutuskan untuk menyertai janitor dalam rompakan yang sebenarnya tidak munasabah. Berlatarkan tahun 1960, ini bukan filem yang mahu diingati. Lakonan Moore sangat teruk, loghat London Cockney milik Madonna-litenya tergelincir lebih banyak daripada seorang pemain luncur ais yang baru, namun ianya jelas dalam filem diberitahu dia adalah seorang yang lahir di Amerika dan belajar di UK, jadi aku cuba jugak nak faham sebab dia dah lama di UK, tapi bercakap pun masih teragak-agak.

Filem ini dimulakan dan ditamatkan dengan penampilan seorang wanita yang lebih tua, tetapi adakah dia perlu kelihatan seperti Bill Clinton? Caine pula terlebih mencuba dengan rentak jalan tempang atau akit pinggang dan menyeret kaki, percubaan ini bagi aku sangat tak perlu dan tidak membantu perwatakan. Yang paling penting adalah sebenarnya dalam filem ini, jenayah terbesar adalah dari penngarahnya Michael Radford. Denga rentak cerita yang tidak punya struktur yang kukuh, arkitipe watak dibina lemah dan kegilaan aneh Moore yang cuba diselindungi dengan kera merokok dan memakai kasut tumit tinggi yang tidak menampilak apa apa kesan menarik terhadap watak telah menghasilkan gambar yang kurang impak dan ianya sangat perlahan dalam melalui plot twist yang tidak juga memberi kesan.

Tidak mengejutkan, plot cerita rompakan seperti itu bukanlah yang pertama kali muncul dan sepatutnya memberi banyak kelebihan namun aku dapat hadam mesej kemanusiaan dan kehidupan yang cuba disampaikan.
 
Pergilah menonton filem Erin Brockovich jika kau perlu menonton filem tentang seorang wanita yang kecewa dan berusaha menjatuhkan sebuah empayar yang jahat.

Ulasan

Catatan Popular