Meranduk Geruh Di Kaki Langit - PT01

 Lama dah..

jawaban di atas aku selalu beri pada setiap pertanyaan bila aku mula menulis skrip filem indie aku yang pertama. Aku bukan pembikin filem indie yang daim dan yang pertama buat projek filem hilang akal begini. Ada je yang sebelum aku buat, namun mungkin cara dan gaya membuatnya berlainan kerana satu adalah lingkaran kawan-kawan mereka sanggup membantu dari segi tenaga, masa dan wang tapi lingkaran kengkawan aku hanya ada tenaga dan masa tapi takde wang, namun aku berterima kasih sebab mereka tetap setia dari awal hingga siap karya aku ni.

macam holiwut ke? ko kan belajar kat holiwut?

satu lagi soalan membunuh jiwa, yang perlu aku layan. Aku jawab mudah, Iya aku belajar di sana dengan bantuan penuh kerajaan yang yakin dengan pemikiran aku dan aku berjaya tamatkan tanpa ada masalah tapi belajar di sana bukan paspot untuk aku cakap yang projek filem ini macam holiwut.

Orang gila pun tahu ini soalan perangkap dan membunuh dan aku menjawab ini antara projek aku yang bukan terbaik tapi dalam golongan paling buruk. Ada projek iklan dulu aku buat untuk Digi juga aku cakap dalam golongan projek paling burok.

habis kenapa nak bikin filem? apa yang kau dapat bikin filem?

seperti tajuk, aku hidup di atas dunia ini adalah untuk meranduk apa sahaja peluang dan pemgalaman yang boleh mendewasakan aku. Adakala soalan yang diajukan juga umpama meranduk. 

Terpinga-pinga rakan aku dengar jawapan aku dan dia bertanya terus.

Apa kena mengena pula dengan soalan aku dengan cerita kau ni? Sukar sangat ke nak jawa secara terus dan mudah faham?

Seniman dan karyawan adalah makhluk yang sukar di fahami. Mereka tidak perlukan sesiapa pun tetapi orang macam kau perlukan kami. Cerita kami menjadi bahan sensasi untuk melariskan cerita kamu yang dijaja, jadi kami faham apa yang kau orang randukkan dalam lingkaran korang.

Aku jawab kau sukar faham? Aku pun kekadang tak faham kenapa aku cakap begini. apa yang boleh aku beritahu adalah, aku buat benda yang aku suka dan aku tak perlu perhatian orang, aku buat kerana aku suka dan hanya berharap ada rahmat dari apa yang aku buat untuk orang lain. Selebihnya adalah urusan al-matiin.

Oh! maksudnya kau buat sebab Passion? Apa Passion kau?

Passion aku adalah aku suka berkongsi perkara yang aku suka buat. Aku suka buat latihan dan rundingan, ini kerja asas aku, buat sekali aku boleh rehat setahun, fokus benda lain yang aku suka buat bersama anak-anak dan isteri aku.

aku rasa kawan aku ni banyak benda dia cuba nak dapatkan, maka aku terus ajak dia mengopi dan bakar daging kambing yang dari tadi telah tersedia. Aku gembira bila dia faham kata-kata aku ni;

hidup adalah perjalanan meranduk hikmah hidup, tak kira air jernih atau geruh, kesabaran menghadapi perjalanan yang jauh akan beri ketenangan jiwa dan fikiran. - rozinorazali

 

Ulasan

Catatan Popular