Yang pertama bagi 2015.

Assalam dan Salam Ukhuwah.
lama tak mencorak coretkan coretan contengan kehidupan disini. Sibuk barangkali mengejar ukhrawi dan duniawi. Semoga segala isi kerja yang dilakukan mendapat keredhaan dari yang satu, yang haq.

2015 sudah melalui hari harinya dan akan terus meniti tidak menoleh. Aku merancang kembali isi kerja yang tertangguh akibat derita dengki manusia pada aku. Syukur pada Allah SWT membantu memudahkan proses mengembalikan semangat yang diikat akibat cemburu dan hasad.

Selamat belum parah aku menerima mujarobat mengubat.

Syukur, Syukur, Syukur. Terima kasih Allah.

Aku kembali merangka beberapa bengkel pembangunan usahawan disamping bengkel bengkel kemahiran diantaranya penulisan, fotografi, videografi dan pembikinan filem secara kecil kecil seperti dahulu.

Kerja sampingan menjadi perunding pembangunan kemahiran juga menjadikan hari hari aku padat ditambah dengan kerja perundingan di kolej kolej yang mengambil bahagian dalam pembangunan pendidikan kemahiran. Aku telah ada lesen Pakar Industri dan sijil Induksi kemahiran. Sedang merancang mengambil bahagian dalam PPT bagi mendapatkan SKM tahap 3 dalam bidang kemahiran yang aku suka iaitu seni dan kebudayaan serta industri kreatif.

Semoga dipermudahkan.

Aku akan kembali mencoret contengan dan penulisan dan berkongsi pengalaman mengutip batu dijalanan.

Terima kasih kerana masih bersama seniman jalanan sepanjang adanya blog ini.

Syukran.

Ulasan

Catatan Popular