Pengalaman itu Penjenamaan I
Assalam dan Selamat Sejahtera.
lama tak berkongsi di ruangan kecil ini. kali ini nak share pengalaman dalam bidang Penjenamaan. Ramai yang fikir penjenamaan ini kerja yang mudah, namun hakikatnya ianya bukan semudah yang disangka dan sebab itu agensi pengiklanan yang dapat job penjenamaan akan meletak harga yang sangat tinggi untuk penjenamaan.
Aku didedahkan dalam dunia pengiklanan sewaktu aku bekerja dengan Spencer Azizul awal tahun 2000 dahulu namun sebelum itu aku bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan majalah rock iaitu ROTTW, belajar dan ambil pengalaman sebentar dan berhijrah ke sebuah syarikat pembangunan module kerja kursus iaitu Educational Trends kerana ia lebih dekat dengan aku sebagai seorang Multimedia Designer dan kemudian setelah tamat kontrak bekerja dengan Pintar Media.
Yang aku nak kongsi adalah selepas aku tamat kontrak dengan Pintar Media, aku kembali ke dunia pengiklanan dan kali ini semakin mencabar tugasan yang aku pikul dan tempoh pembelajaran yang sangat efektif bagi aku dalam dunia pengiklanan. Aku diperkenalkan kepada dunia penjenamaan semula. Pergh!
Syarikat pengiklanan yang pertama mendedahkan aku pada penjenamaan semula adalah Acubemedia dengan satu projek kerajaan. Aku ditugaskan mencipta dan melakar seberapa banyak 'thumbnails' berdasarkan maklumat yang diberi oleh Pengarah seni aku waktu tu. Aku adalah Pengarah Seni Muda, jadi kerja semua aku yang buat dan Pengarah Seni aku lebih banyak mengarah dan mencurah ide, bagi aku semua idenya tak sesuai dengan maklumat yang dikehendaki pelanggan.
Kami banyak "ARGUE" tentang falsafah pelanggan dari mencapai matlamat namun aku cuba belajar dari segala "ARGUEMENT" yang kami lalui dan dalam masa yang sama aku siapkan kerja. Nak dijadikan cerita pada sessi persembahan, pelanggan telah memilih LOGO penjenamaan semula yang aku buat dan aku diberhentikan kerja serta merta oleh Pengarah Seni yang ego tu. Aku percaya dunia pengiklanan memang penuh dengan cabaran dan orang yang suka mengambil kesempatan. Aku belajar dari kesilapan itu.
Berbalik kepada penjenamaan, ianya satu proses meletakkan kembali jenama itu di satu tahap dimana penguna akan lebih dekat dengan jenama itu. Kebanyakkan perekabentuk yang menawarkan pembinaan LOGO kepada syarikat tidak mengenal apa itu jenama dan penjenamaan apatah lagi penjenamaan semula. Ianya semua berkisar kepada Pengalaman.
Aku akan kongsi kisah selanjutnya dimana aku berada dalam kumpulan yang sangat hebat dan telus dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Bukan sesuatu yang mudah untuk faham metodologi dan matlamat pelanggan namun itu semua adalah penjenamaan.

Ulasan