Kembara Akal & Iman - Part I

Hari Pertama

Usai menyelesaikan sessi pengambaran sebuah dokumentari tentang Rejimen Askar Melayu Diraja yang mengambil tempat sekitar kem RAMD di Port Dickson selesai yang sebetulnya ada lagi beberapa lagi Kem RAMD yang perlu dibuat liputan pengambaran. Sedang aku berehat menikmati permandangan di Hotel Terapung Lexis sambil melayari laman mukabuku aku terlihat rakan mukabuku aku mencari pembantu jurukamera bagi sebuah projek di Utara. 

Aku yang sememangnya mencari ruang untuk bercuti sambil mahu melihat tempat orang tanpa basa basi menawarkan diri, kalau umpan terkena pasti ikan akan menjerut mata kail, iya umpan aku disambar dan aku bersetuju dengan bayaran kecil yang diberinya, bukan bayaran yang aku kejar tapi ruang waktu menikmati dan mengenali rakan mukabuku yang terkenal kehebatannya. 

Bekerja itu satu ibadah dan aku mencari keredhaan Allah SWT dan seperti mana mana projek yang sering aku buat, kalau besar habuannya, syukur padanya dan kalau kecil aku anggap ia sebagai satu amal jariah membantu, yang penting keredhaan dari kerja yang dbuat.

Dengan janji mulut dan saling percaya mempercayai, kami bersetuju. Tiba hari yang dijanjikan setelah aku dijemput kekasih hati dan melawat Bapa dan Ibu saudara kekasih aku yang akan menunaikan fardhu haji, aku dibawa ke Bangi untuk bertemu rakan seperti dijanjikan. Kami tiba awal kerana sememangnya aku yang bekerja sendiri selama 15 tahun amat risau dengan persepsi orang sekiranya aku lewat maka aku telah mendisiplinkan diri untuk selalu menepati masa. 

Namun seperti memana Melayu, aku sudah boleh mengagak yang rakanku pastinya akan lewat dan pertemuan tidak berjalan seperti dijanjikan, mungkin dia perlu menangani beberapa hal sebelum meninggalkan keluarga selama 7 hari, menunaikan bil tertunggak agaknya.

Rakanku tiba dengan sebuah kereta hebat berwarna hitam, aku dari dalam kereta melihat gerak gerinya mencari aku, aku keluar dan menyapanya. Usai memasukkan beg kembara aku ke bonet, kami bergerak untuk menjemput seorang lagi rakan.  Kami ke pejabatnya menjemput rakannya yang seorang lagi.

Besar besar badan rakan rakan baru ku ini. Usai semuanya berada dalam kereta, kami meneruskan perjalanan ke Utara.

Kami singgah makan malam di R&R Sungai Perak setelah turun dari terowong Ipoh kerana perlu bertemu dengan 2 lagi rakan kerja dan sepanjang perjalanan tiada topik menarik yang ingin dibincangkan selain rakanku bertanya tentang beberapa orang rakan yang aku pernah bekerja. Aku yang sememang tidak ambil port dan tidak mahu bikin isu tidak ambil endah dengan sikap menyibuk rakan aku yang sedang memandu.

Setelah menikmati makan malam dan mengenali 2 lagi rakan kerja yang tiba dan aku menunaikan Solat Jamak, kami berkonvoi untuk ke utara. Hari sudah gelap. Sekali lagi persoalan demi persoalan ditanya seperti di dalam bilik siasatan dan kali ini aku mendapat lebih banyak info dari persoalan yang diajukan, aku kemudian sedikit sedikit membuka pekong rakan rakannya yang pernah aku bekerja dan perbualan kami berarus menuju ke polemik industri filem dan mentaliti bangsa. Lebih kepada cuba meracun fikiran aku terhadap politik yang sedang dinaunginya.

Rakanku ini bercakap serupa gaya ahli politik, iya aku boleh lihat gaya seorang politikus baru nak naik pada dirinya. Chis! sebelum dia mula strategi politiknya aku mengeluarkan beberapa ayat power untuk mematikan langkahnya yang cuba berpolitik. Berjaya dan dia mula merangka strategi baru. Kami berbual hal hal yang aku rasa tidak relevan sepanjang perjalanan. aku sememangnya tidak suka bercakap kalau tidak kena dengan jiwa.

Waktu ini didalam hati aku berselawat, beristighfar dan berdoa agar aku dilindungi dari segala fahaman yang tidak aku inginkan. Aku juga banyak berhutang budi kepada kerajaan kerana menaja pendidikan aku sehingga aku berjaya namun tidak sekali aku termakan budi itu dan tunduk menjadi manusia yang hilang kepercayaan yang semua yang diberikan itu datangnya dari Allah SWT, dia lupa yang Allah sentiasa menduga hambanya tidak kira dalam apa bentuk. Subhanallah, aku yang kerdil perlu berfikiran terbuka melayani kerenah rakan ku ini.

Tidak menyedari masa berlalu pantas seperti pecutan kereta hebat yang dinaiki, kami tiba di sebuah tempat menginap IPTA. Kami check in dan keluar semula untuk supper. Usai supper kami pulag kebilik masing masing. Didalam bilik dia bercerita tentang peluang melanjutkan pelajaran yang dia perolehi dan dia meminta pandangan aku yang telah melalui peringkat itu 7 tahun yang lalu. Iya, dia dapat tawaran pengajian peringkat Masters dan mahu mendapatkan maklumat bagaimana dia harus memulakannya. 

Aku berkongsi beberapa pengalaman dan ilmu aku, namun agak payah juga menerangkan perkara ini kepada rakanku namun aku terus cuba untuk memberi kefahaman kepada dia dan alhamdulillah akhirnya dia memahami. wallahuallam aku berdoa kepada allah agar apa yang aku beritahu menjadi pembuka matanya yang ketiga memahami bagaimana dunia ini berfungsi, insyaallah. Dia agak sudah letih dan mohon untuk tidur dahulu, aku yang telah biasa tidur lewat dan bangun awal mengucapkan selamat malam. 

Pergh! tidak sampai seminit enjin turbonya sudah berbunyi dan menyelubungi suasana didalam bilik dengan dengkuran luarbiasa super, agak menganggu namun aku kasihan kerana dia tidak sedar bahawa dalam tidur pun tuhan menduganya, subhannallah setelah tahajud dan witir aku berdoa agar allah melindungi dirinya.

keesokan paginya aku memberi beliau tips untuk merawat penyakit tidur berdengkurnya, namun seperti endah tidak endah dan aku seperti biasa juga tidak terasa hati dan seperti biasa melupakan hal itu.

bersambung....








Ulasan

Catatan Popular