Anak Dato

Himpunan Jutaan Belia
0100 pagi
28 Mei 2020

Sekumpulan remaja dan belia India yang sebahagian dari mereka dalam keadaan mabuk bernyanyi nyanyi riang ria di tepi jalan dan sebahagian dari mereka sedang cuba mengawal kehenseman mereka walau hari sudah larut malam.

Aku sedang mengemas ruang niaga aku kerana ini hari terakhir. Aku jual air tin dan dari jauh aku perhatikan gelagat remaja dan belia India yang dah tak serupa belia contoh bagi kaum mereka memekik melolong menyanyi lagu yang sepatah haram aku tak faham.

sedang dari jauh aku perhatikan mereka....

[,]

telan pil hijau untuk kembali ke tahun 1967, Sekolah Dato Jaafar, Jalan Yahya Aldatar, Johor Bahru, Johor.

Seperti kebiasaannya aku yang pertama dalam setiap hal kebajikan dan kejahatan sekolah masuk kedalam dewan peperiksaan lisan mendengar Bahasa Inggeris Sijil Rendah Pelajaran, dimana dalam sekolah waktu itu walau ada senior yang handal speaking akan merujuk aku kosa kata Inggeris bagi memantapkan lagi kamus inggeris mereka. Kiranya guru Bahasa Inggeris jugalah yang selalu menjadi lawan aku dalam hal hal Bahasa Inggeris ini.

Aku menanti dengan tenang menunggu Pengawas Peperiksaan dan pelajar lain untuk masuk ke dewan peperiksaan lisan mendengar Bahasa Inggeris, dipanggil Dewan tapi sebenarnya kejadian berlaku didalam kelas, aku pun tak tahu siapa yang memberi kata ganti Dewan untuk Kelas tu, aku tak ambil port pasal tu yang aku tahu waktu itu adalah menjawab peperiksaan lisan mendengar dengan tenang, cepat agar dapat aku pulang awal untuk bersama rakan lain bermain papan luncur selaju.

Dewan sudah dipenuhi pelajar dan Pengawas Peperiksaan sedang memberi taklimat dan dari awal tadi sewaktu pelajar berpusu pusu masuk ke dewan ada sekumpulan Pelajar India yang aku syak memang tak faham papan tanda tertulis dalam bahasa inggeris 'BE SILENT IN EXAMINATION HALL, LISTENING ORAL EXAM IN PROGRESS'. Aku pun tak tahu kenapa begitu panjang kenyataan itu tapi jelas pernyataan itu suruh diam dan pelajar india ini pula dari awal masuk dewan hingga waktu pengawas memberi taklimat dia pun rajin bercakap dalam bahasa ibunda mereka.

Hati yang tenang aku tadi tiba tiba berkocak perlahan dan aku cuba menarik nafas panjang menenangkan diri dan cuba fokus kepada apa yang diberitahu pengawas peperiksaan tapi semakin kuat jugalah mereka ini berbual. Kali ini telinga aku dah mula bergerak gerak seperti satelit pemancar mencari satelit puaka mana yang dari tadi menganggu kosentrasi aku.

ZUSHHH! KETEKAK!

Entah dari mana pulak datang kayu kerusi patah yang dicapai tangan aku dan macam dalam filem Chow Shin Chi plak kayu itu terbang tepat ke arah pelajar india yang mengetuai perbualan rancak itu tadi. Tangan aku yang memang sejak lahir telah dibedong jarang jarang kalau bermain 'TOLLING' atau permainan tuju duit siling tidak mengena kalau dituju dan kalau duit 50 sen boleh aku tuju duit seposen inikan sebatang kayu yang harus dituju ke kepala.

PTARRR! Bunyi meletup kepala pelajar itu akibat balingan aku dan menjeritlah pelajar india itu tadi sambil mengosok gosok kepalanya. Rakan rakannya semua berdiri dan mencari siapa dan menjadi lumrah ada beberapa lakhnat menuding jari pada aku dan aku dengan tenang beritahu sekarang ini akan berlangsung peperiksaan dan kalau mereka tidak boleh diam sekejap aku boleh buat mereka diam. Budak india yang masih mengosok kepalanya merenung tajam aku dan menenangkan rakannya dan menunjuk isyarat jari telunjuk kepada aku. Mungkin dia menasihatkan aku untuk berjaga jaga. Aku senyum sinis.

Keadaan dalam dewan senyap sunyi seperti tiada manusia yang hidup waktu itu dan kalau ada yang terkentut tanpa bunyi pun boleh dengar degupan jantungnya gara gara cuba mengawal perasaan. Macam tu sekali punya sunyi Dewan waktu itu.

Peperiksaan lisan mendengar bermula dan aku mencapai alat mendengar dan fokus kepada suara yang bercakap melalui alat mendengar itu dan menjawab segala pertanyaan dengan berhemat sehingga ujian lisan mendengar Bahasa Inggeris tamat...

[,]

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan dan aku baru tamat ujian lisan mendengar Bahasa Inggeris dan aku berjalan sendiri menyusur kaki lima sekolah untuk pulang. Dalam perjalanan beberapa rakan lain bersalaman dengan aku dan waktu itu rakan kelas aku si Ojay dan Eja menjerit dan melambai memanggil aku dari tingkat 3 bangunan F, gila baba jugak sekolah ni ada blok sekolah dari Huruf A hingga F, selamat tak sampai huruf X, Y, Z dan blok F adalah blok baru.

Aku semacam tahu dari bahasa isyarat mereka menyuruh aku menunggu mereka, dalam hati aku mungkin Ojay nak belanja aku sebab dia sememangnya seorang rakan yang baik dan tahu yang aku jarang ada duit belanja selain duit tambang pergi balik sekolah dan adakalanya aku syak Ojay dan Eja ni sengaja mempergunakan kehebatan dan kepandaian aku dengan menyuruh aku menyiapkan segala kerja rumah dan kelas mereka, aku redha kerana bagi aku setiap kerja yang aku buat ilmunya datang pada aku dan aku akan cepat bijak dan pandai dan dengan itu jugalah aku selalu menerima segala kerja yang mereka beri agar mereka belanja aku dan aku cepat pandai.

Aku mencari tempat duduk sementara menunggu mereka yang dua tiga kali aku toleh masih lagi terhegeh hegeh melayan rakan rakan lain. Sedang aku menunggu, PTARR! bunyi tiang besi kaki lima di baling dengan kayu kerusi patah yang tadi aku baling pada pelajar india dalam dewan. Berfikir sejenak bagaimana kayu ini boleh sampai kat sini dan rupanya pelajar india yang dibaling aku cuba membalas dendam dengan membaling kayu itu pada aku, selamat dia lahir mak dia tak bedong dia dan balingan pengkor itu tersasar dan terkena tiang besi kaki lima.

Mereka dalam kiraan aku berlapan semuanya dan aku masih lagi terkekek kekek gelak mengejek tukang baling tangan tak bedong dan melihat gelagat aku mereka berlapan agaknya terbakar perasaan terus menyerbu aku serentak. Macam macam gaya sepakan dan tumbukan dan hentakan menerjah tubuh aku dan semuanya aku tepis hingga sakit tulang lengan aku dan dalam sekelip mata satu tujahan helmet motosikal cap SGV hinggap kat kepala gua dan gua pun tersadung tertiarap jatuh dan gelap pandangan. Kali ini sepakan penalti dan first timer hinggap ke perut aku dan aku merasakan seperti mahu terkeluar isi perut dan apa yang ada dalam kepala aku waktu itu hanyalah doa 'Hasbunallahu wa ni'mal wakil' yang bermain dihati dan aku cuba membuka mata mencari ruang cahaya agar dapat aku meloloskan diri dan setiap kali aku cuba bingkas bangkit dan setiap kali itu juga Helmet cap SGV hinggap belakang aku dan aku tertiarap kembali.

Entah dari mana tetiba cahaya terpancar dan aku dapat melihat ruang untuk aku meloloskan diri dan tanpa basa basi aku terjah ruang cahaya itu dan bangkit dan ketika aku bangkit aku dapati Ojay dan Eja sedang bertungkus lumus membantu menarik pelajar india itu ke tepi dan sewaktu itu barulah aku sedar yang mereka juga bertempur dengan beberapa pelajar india yang mengambil kesempatan menyepak terajang aku dan sewaktu itu apa yang aku cari adalah 8 pelajar yang memulakan permasalahan ini.

Mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan menyerang Ojay dan Eja dan aku mengambil kesempatan untuk bersama mereka menentang pelajar india yang semakin ramai. Kami bertiga berganding bahu dah macam filem Young & Dangerous dimana kami bertiga berentap dengan puluhan pelajar india yang semakin mengila.

Akhirnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu, itulah akibatnya apabila darah muda yang panas dicurahkan minyak dan apa yang ada disekeliling menjadi rosak. Kami bertiga bersandar di tepi tembok kepenatan dan cuba mendapatkan nafas baru agar mampu terus bertempur sekiranya ada pelajar india yang baru ingin masuk campur tapi melihat keadaan rasanya kali ini lebih ramai penonton yang melihat dari awal episod gusti ini.

Pelajar india berlapan tadi aku lihat sudah terbongkang masing masing dalam longkang yang ada di kaki lima sekolah dan yang lainnya ada yang mengambil kesempatan nak test power telah kehilangan butang baju dan ada juga seluar koyak kelengkang melihatkan seluar dalam yang mungkin tidak basuh beberapa minggu dan aku syak mesti balik nanti kena perambat dengan Ama.

Kami bertiga cuba bangkit bersama bergabung tangan dan berdiri tegak dan seperti selalu aku akan jadi tongkat ditengah dimana Ojay dan Eja memang suka bergayut dibahu aku, entah kenapa aku relakan sedangkan kalau nak ikutkan saiz, aku yang paling cilik sedangkan Ojay hampir kepada obese dan Eja memang dikenali sebagai Muscleman kerana lengannya dan dada yang berketak ketak tapi aku juga yang jadi mangsa mereka bergayut.

Dewan sekolah SDJ yang diceritakan.
melihatkan keadaan kami yang jalan pun seperti orang mabuk, kami gagahkan juga untuk beredar sebelum keadaan semakin teruk dengan kehadiran guru, sedangkan hari terakhir itu guru guru semua ada yang santai di bilik guru dan ada juga yang telah balik ke rumah masing masing. Kami bergerak perlahan mengaduh satu sama lain dan sewaktu kami berjalan dalam keadaan sebegitu terdengar suara tempikan yang menjerit 'We Are The Champion' diikuti dengan irama melodi lagu Queen dari seluruh pelajar yang menonton adegan gusti kami yang bermula dari kaki lima sekolah hingga ke dewan utama sekolah dan suara itu datang dari pelajar pelajar yang menganggotai kelab sorak sekolah dan usai mereka semua bersorak lagu Queen mereka gantikan pula dengan lagu semangat ' Wherever We Go' dan 'Kami Anak Dato' yang menyebabkan semangat kami menaik dan semua sakit sakit tadi hilang.

Kami merasakan waktu itu seperti didalam filem dengan kamera mengambil shot kami secara 360' dan berlatarbelakangkan penyokong penyokong kami yang bersorak meraikan kemenangan kami. Memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan akhirnya kami menerima tepukan gemuruh seperti waktu aku menjaringkan gol kemenangan pasukan bolasepak sekolah kami melawan dengan musuh tradisi iaitu MSAB atau EC.

Kami meninggalkan sekolah walaupun pelajar lain masih lagi menyanyikan lagu lagu semangat di dewan.


[,]


telan pil biru untuk kembali ke tahun tapak meniaga Himpunan Jutaan Belia, 0100 pagi, 28 Mei 2020.

PTARR! bunyi yang cukup kuat menyedarkan aku kembali apa yang aku tengok dari jauh tadi. Remaja dan Belia India tadi telah diangkut naik ke atas Pikap Polis dan bunyi Polis menutup bonet belakang Pikap menyedarkan aku bahawa India tetap India tak kira masa mereka memang tak boleh nak tutup mulut mereka.

Dari jauh aku boleh dengar yang India meminta bantuan polis untuk melepaskan mereka dan memberitahu yang mereka tidak melakukan apa apa kesalahan jenayah.

Dari jauh aku tersenyum dan menyanyikan lagu Pawana sekuat hati kerana tadi aku meniaga di tapak Konsert Wings dan Search. Masih hebat mereka ni walau dah menjangkau umur 100 tahun.

---

Bacaan santai yang lain lain
  1. Guru Saya
  2. 5 Kenari
  3. Guru Umpama Lilin Membakar Diri

Ulasan

Catatan Popular