Mari bermimpi dengan Aku - Georges Méliès
Menonton sebuah filem tak pernah terfikir yang akan menonton sebuah filem lagi di dalam filem itu. Pembikin Filem dan Sutradara Martin Scorsese berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengerakkan aku dan filem itu adalah filem kanak kanak 3D bertajuk Hugo.
Filem ini bermula dengan seorang budak kecil yang hidup bersama ayahnya membaiki barang mekanikal dan suatu hari ayahnya membawa balik sebuah robot yang digelar 'Automatum'. Namun hidupnya berubah bila ayahnya mati dalam kebakaran di perpustakaan dan dia dibawa pergi oleh pakciknya yang pemabuk dan dipaksa bekerja memperbaiki Jam di stesen keretapi di pinggir Paris. Kisah hidup budak kecil itu bermula apabila dia sering mengambil bahagian mekanikal dari seorang pencipta mainan.
Bagaimana Scorsese mengaitkan penceritaan dalam Hugo ini tidak banyak berubah dengan struktur cerita Hollywood, tapi kebijaksanaan dia bermain dengan struktur itu yang sangat teruja untuk berkongsi. Salah satu babak yang terbaik pembikinannya adalah bagaimana kaitan seorang perekacipta yang telah patah hati dengan pembikinan filem dikenalkan dengan seorang aprentis perekacipta yang ilmunya diturunkan oleh bapanya yang mati didalam kebakaran dan hanya meninggalkan sebiji robot yang perlu dihidupkan dengan sebuah kunci berbentuk hati yang dimiliki seorang anak gadis yang telah kehilangan ibubapanya dan dijaga oleh dua orang tua yang baik hati yang menghadiahkan anak gadis itu dengan sekalung rantai berbentuk anak kunci berbentuk hati yang mana sejarah hidup mereka telah diabadikan dan tidak diketahui orang ramai.
Struktur yang digunakan oleh Scorsese adalah struktur biasa namun matlamat dalaman, luaran dan profesional setiap watak disulam kaitkan bersama dimana Hugo mahu mencari kebenaran tentang peninggalan bapanya dan seterusnya mendapatkan keluarga dan Melies dan Jeanne yang menyimpan rahsia mereka dari pengetahuan umum namun berhasrat agar mereka dikenali semula akan kehebatan mereka mencipta filem fantasi dan Isabelle yang suka membaca mahu mengembalikan keriangan kepada penjaga mereka dan kewujudan subplot yang menjadi pemangkin kepada sebuah akademi filem menjadikan semua itu dirungkaikan dalam satu puncak cerita yang tinggi yang mana cerita ini diceritakan oleh Isabelle, anak angkat Melies dan Jeanne yang mengambil Hugo sebagai anak angkat mereka di akhir cerita dan Automatum kembali pada tuannya. Hebat, boleh aku katakan.
Dalam filem ini juga, Scorsese mengambil sedikit apa yang sedang berlaku pada tahun berkenaan, iaitu Adik beradik Lumières yang terpukau dengan filem bukan fiksyen mereka dan mereka mengelar filem mereka actualités, Namun Scorsese tertarik dengan George Melies yang terpesona dengan fantasi dan permainan helah didalam filem dan digelar 'Cinemagician' pada zaman beliau menjadi pembikin filem.
Sudah mengagak bahawa Melies ini ada kena mengena dengan pembikinan filem apabila kotak rahsianya dijumpai Hugo di dalam bilik ketika bersembunyi bersama Isabelle dan imej kertas kertas berterbangan seakan sebuah lukisan yang berturutan memberitahu bahawa Melies bukan seorang yang sembarangan dan imej terakhir sebuah bulan yang ditembak peluru meyakinkan aku bahawa dia adalah seorang pembikin filem, sebabnya aku pernah tonton filem itu di youtube sewaktu zaman sekolah filem dulu, tapi aku tak ambil kisah, tapi filem ini membuatkan aku mencari siapa itu George Melies dan bertambah satu lagi ilmu dalam dada. Hebat bukan Scorsese buat filem untuk mendidik.
Akhir sekali, boleh dilihat bahawa kehidupan dalam dunia yang dibuat Scorsese itu penuh dengan kekejaman, kebaikan dan bentuk cerita yang disampaikan oleh Scorsese adalah dalam bentuk naratif mudah yang digunakan Melies dalam setiap pembikinan filemnya yang seperti filem pendek dan Scorsese memaparkan kehidupan sebenar Melies selepas beliau meninggalkan dunia pembikin filem dan hidup bersama Jeanne dan Isabelle dan menjadi perekacipta mainan kanak kanak.
Kalau nak tulis panjang panjang nanti rasa pening, ini pun mungkin dah memeningkan jadi pergi tonton Hugo dan hayati. Oh! luper Emily Mortimer berlakon jugak dalam filem ini, tapi dialognya sangat sedikit tapi plot dia dan Sacha amat baik kalau nak kaitkan dengan dunia Hugo dan Melies. mereka dan dua watak lagi yang bercinta adalah subplot yang merungkai isu sosial pada zaman berkenaan.
Merekacipta dunia, seperti pusingan masa...Perasaan menonton Hugo tidak sama macam menonton filem Tin Tin, buah tangan Spielberg dan Jackson(aku cerita pasal filem tu lan kali kalau sempat) tapi aku nak mengembara dunia yang dicipta Scorsese yang asasnya adalah sebuah buku bertajuk "The Invention of Hugo Cabret" karya Brian Selznick. Tak pernah baca buku itu, tapi sebelum menulis ada buat kajian rupanya cerita ini asasnya adalah sebuah penulisan.

Ulasan