Kisah Jipang

lama tak menitipkan cerita disini dan disana, mungkin sibuk dgn duniawi....
iya, duniawi yang semakin sarat dengan tipu helah yang buat aku semakin serba salah...
namun menitip kembara seorang seniman jalanan aku melihat kepuraan dunia seni industri aku ini....

memulakan garapan, aku bertemu dengan seorang penerbit di sebuah perjumpaan tenaga kreatif dan hubungan menjadi bak dan akrab...
beliua sedang menerbitkan sebuah filem cereka dan aku sebagai peniaga bebas pun cuba masuk jarum dengan menawakan perkhidmatan fotografi dan videografi serta rekabentuk grafik sebagaimana itulah sumber rezeki aku sekarang ini...
syukur perkhidmatan videografi dan rekabentuk grafik aku diterima...
namun setelah beberapa kali proses mesyuarah berlaku dengan tenaga produksi penerbit melantik aku menjadi Line Producer, sumber rezeki allah swt mmg timbul dari pelbagai sudut, aku bersyukur...

tibalah hari utk team produksi pergi merecce setelah mendapatkan pengarah seni dan pengarah fotografi...
kami bertolak ke Pengkalan Hulu dengan permulaan yang penuh dugaan, Kuala Lumpur tiba tiba banjir dan aku sangkut dlm bencana dan dugaan allah swt itu namun berkat tabah dan doa kami berjaya sampai ke Pengkalan Hulu memulakan sessi recce....

Di Pengkalan Hulu aku memulakan khidmat kerja sebagai videografi the making seperti mana yang aku janjikan perkhidmatannya...
sepanjang 4 hari berada disana aku merakam semua lokasi yang kami lawati, namun aku dapati tiada kerjasama dari Pengarah, Pengarah Fotografi dan juga Pengarah Seni...
kami banyak membuang masa dan tiada perbincangan dibuat bagi menetapkan lokasi pengambaran...
sedikit kesal melihat cara pengurusan produksi yang tiada hala tuju, namun tugasan aku disana adalah merakam video the making peringkat awal...

Hari terakhir yang mana kami sepatutnya pulang ke KL, penerbit telah melanjutkan sehari lagi tugasan merecce. Kami akur namun perkara yang tidak dirancang mempunyai kepahitan yang perit utk ditelan namun allah swt lebih baik perancangannya. Penerbit berang dengan pengurusan yang tidak terurus manakala pengurus produksi mengunakan isu bajet sebagai tembok pemisah namun bagi pihak aku ianya adalah masalah komunikasi yang jelas salah adalah di pihak pengurus produksi. Menjadi lebih menhangatkan pagi itu adalah tindakan pengarah yang memarahi Penerbit dan meninggalkan meja mesyuarah. Sekali lagi aku kesal dengan sikap pengarah yang menutup segala ruang perbincangan dan meletakkan egonya lebih tinggi dari menjadikan produksi filem ini lebih baik dan berada di tahap yang membanggakan dengan ide dan kreativitinya, bagi aku sangat pendek akal Pengarah ini dan sangat tidak bijak mebuat keputusan walau pun dikatakan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dan seorang presiden persatuan. WTF presiden ada sifat dan sikap begini, macamanalah orang bawahan dia lakukan.

dipendekkan cerita, oleh kerana tindakannya Penerbit mengugurkan beliau dari bangku pengarah dan mengarahkan aku mencari pengarah baru yang boleh mengantikan beliau. Aku menjalankan tugas sebagai Line Produser kembali dan masih lagi menjalankan perkhidmatan videografi yang telah aku berikan. setelah mencari dan melalui rintangan dengan cepatnya tersebar fitnah (bagi akulah sebab benda yang disebar itu tidak benar) oleh trio pengarah dan pengurus produksinya, semakin sukar utk mendapatkan Pengarah, Maka aku pun menghulurkan resume aku kepada penerbit dan menawarkan diri sebagai Pengarah.

Aku hilang beberapa hari bercuti sebelum kembali ke KL dan syukur kepada Allah apabila kembali Penerbit mengumumkan aku sebagai Pengarah projek filem ini bersama rakan aku, alhamdulillah.

Namun sekarang ini buka menjadi ketakutan bagi aku utk mengarah, tetapi melihat kejadian ini aku harus berjaga jaga memilih orang didalam kumpulan produksi. Insyaallah dengan pengalaman dan ilmu yang aku ada ini, aku mampu membimbing kumpulan dengan izin Allah swt.

sesungguhnya kini aku faham kenapa kerja itu satu ibadah dan allah melindungi hambanya yang bekerja kerananya dan aku bikin filem hanya kerana allah swt.

doa buat kekasih.

JIPANG, tajuk nama yang aku berikan kepada penerbit utk projek ini.

Ulasan

Catatan Popular