Watak kembara wira

Ini adalah senarai dan keterangan yang digariskan mengikut kata sifat arkitipe dan tanggungjawabnya.  Subjeknya telah disusun mengikut arkitipikal yang merangkumi kehidupan manusia.  Sekiranya kamu membangunkan satu watak yang mempunyai arkitipenya sendiri, pastikan watak itu hanya membawa kata sifatnya sendiri dan berkait dengan cerita watak utama.


-          Arkitipe watak
-          Adiwira
-          Protaganis, watak utama, watak yang ceritanya diceritakan. Adiwira tidak semestinya baik atau berani (anti-adiwira pun tidak) tetapi mereka harus menjalani satu pengembaraan/pengalaman yang melibatkan fizikal, emosi dan batin, tak kira macamana, selagi adiwira ini mencapai matlamat atau melaluinya.
-          Mentor
-          Pembimbing / Penasihat yang mana akan membimbing adiwira dan menberi pengetahuan kepadanya. Secara tradisi selalu digambarkan sebagai orang yang bijaksana dan berpengetahuan. Orang lama.
-          Kekasih
-          Watak yang akan mengenalkan siapa adiwira atau yang membawa mesej yang membuat adiwira perlu mencapai matlamat dalam pengembaraannya. Selalu digambarkan sebagai rakan karib, kekasih yang selalu menolak adiwira melakukan sesuatu ketika diperlukan.
-          Penghalang
-          Watak atau subjek yang menghalang adiwira dari mencapai matlamat dalam kembaranya. Boleh juga digambarkan sebagai kuasa dalam diri seperti keraguan dan wasangka.
-          Rupa tanpa wajah
-          Satu watak yang digambarkan mempunyai satu jenis personality tetapi berubah menjadi personality yang lain. Cerita Femme Fatale adalah satu contoh yang baik dimana kecantikan digunakan untuk sesuatu yang jahat.
-          Pelawak
-          Watak jenaka yang digunakan untuk memecahkan tekanan (tension) dengan berbuat sesuatu perkara yang tidak bijak dan menyebabkan huru hara.
-          Bayangan
-          Setiap segala yang hitam dan yang negatif dan perlu dihapuskan oleh adiwira.

Ulasan

Catatan Popular