Struktur cerita
Struktur cerita adalah tulang
belakang kepada penceritaan yang ditulis. Struktur cerita memudahkan
penceritaan setiap babak yang mempunyai plot yang tersendiri dan memastikan
penceritaan mengikut aliran dan tona cerita.
Struktur cerita merangkumi
keseluruhan penceritaan kembara wira yang berlandaskan struktur 3 babak.
Kelebihan struktur cerita dalam penceritaan memberi penulis kelebihan berada
setapak dihadapan dalam menulis cerita yang baik. Penulis boleh merujuk kembali
struktur cerita bila berhadapan dengan Mental
Block.
Struktur cerita ini umpama seekor
ular yang melilit. Lebih mudah untuk difahami apabila setiap penceritaan
bermula dan tamat di tempat yang sama.
Struktur cerita yang lama
mempunyai beberapa elemen seperti Struktur
Watak, Struktur Tetapan, Struktur Konflik dan juga Struktur Resolusi. Elemen ini dapat membantu
penulis merangka cerita di peringkat awal.
Didalam setiap elemen struktur
cerita ada beberapa sub elemen yang digariskan dalam pembangunan struktur
cerita.
Sekiranya anda selalu menonton
filem, tuliskan struktur cerita mengikut aliran dan tona cerita sebagai latihan
mengikut elemen struktur watak dan tulis sinopsis 100 patah perkataan sebagai
latihan.
Latihan: Menulis sinopsis 25
patah perkataan.
Ulasan