Kembara
Ada beberapa langkah aku yang longlai dan sering saja aku terjatuh namun aku masih mampu bangkit dan meneruskan langkah kiri aku.
Perjuangan yang tak kenal erti penat walau sebak hati dan pedih kepala memikirkan langkah seterusnya.
Ada sesekali aku menoleh kebelakang dan cuba melihat jejak dan kesan kembara aku agar dapat aku bersyukur kepada ilahi dengan kifarah yang diberi.
Banyak kesan.
Aku bersyukur kerana ilahi sentiasa melindungi dan meyayangi hambanya ini dengan berbagai bentuk dugaan membersihkan kesan hitam sepanjang kembara.
Namun perjalanan harus diteruskan dan setiap yang tersirat akan tersurat sekiranya usaha yang aku berikan aku tingkatkan sedikit paradigmanya.
Cinta dan airmata tidak dapat aku jual sebagai barang gadaian, tapi ianya akan menjadi cahaya meniti perjalanan yang gelap nanti.
Kembara Seniman Jalanan.
notakaki: Aku sudah siapkan kertas kerja filem Jejak Megat dan Kepong, kemana harus dijaja? bikin sendiri atau cari penaja?

Ulasan