Ide Pertama

Untuk latihan ini, kita anggarkan kamu tiada hubungan dengan jaringan produksi pembikin video atau filem, tapi kamu ada kamera dan ingin merakam filem kamu, keluar dan merakam sesuatu adalah satu cara untuk kamu memahirkan diri dengan fungsi kamera anda sebelum memulakan satu projek yang serius, namun hasil yang dirakam tidak akan sama dengan apa yang ditonton.


Apa yang anda perlu adalah Ide.

Bengkel ini memfokuskan kepada filem pendek. Satu kelebihan terhadap filem pendek adalah anda boleh memilih satu tema dan mengembangkan ide itu dalam masa yang minima. Iya juga amat mencabar untuk menyampaikan satu ide secara efektif dalam masa 10 hingga 15 minit.

Kiranya kamu bukan penglipulara yang berimaginasi tinggi, mulakan dengan dokumentari. Penulis baru selalunya digalakkan menulis cerita yang mereka tahu. Tulis cerita yang anda minat, jika tiada sesuatu yang menarik minat penonton di layar, anda akan hilang penonton.

Iya boleh jadi apa sahaja dari cerita tentang mengumpul setem hinggalah kepada kumpulan bandboy yang anda suka. Lebih susah subjek yang dipilih, lebih hebat dan memerlukan pendekatan yang lebih kreatif.

-          Mengambil Nota
-          Jangan biarkan ilham/ide yang anda dapat dari dalam bas itu hilang. Simpan sebuah buku nota yang mudah disimpan dan jadikan tabiat baru dengan menulis ilham/ide seperti apa yang anda lihat dan terfikirkan.

Ulasan

Catatan Popular