Formula barat
Pembikin filem dan penulis cerita
di barat telah lama mengunakan struktur 3 babak dimana ianya memberi gambaran
yang jelas bagaimana permulaan, pertengahan dan akhiran cerita. Pengenalan
watak, premis dan tetapan cerita dibuat di babak pertama cerita.
Pertengahan
cerita pula menempatkan konflik dan tindakan yang berlaku manakala babak
akhiran bertindak sebagai penyelesaian cerita. Ini adalah format mudah yang
memerlukan sesuatu yang menarik dan mampu menerujakan penonton dengan titik
plot yang membuat penceritaan bergerak dengan sempurna.
Sesuatu kejadian yang menyedarkan
atau menginsafkan watak utama dan memerlukan beliau membuat keputusan selalunya
berlaku di titik plot pertama di akhir babak pertama .
Manakala dibabak kedua pula
dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu ‘KEMBARA’ dan ‘PAHLAWAN’.
Di ‘kembara’ watak utama akan
belajar berdepan dengan krisis cerita hinggalah beliau berada di titik tengah
dimana beliau berjaya mencapai salah satu dari matlamat cerita namun segala
yang dicapai di ‘kembara’ perlu dibayar di ‘pahlawan’ dimana watak utama perlu
mengunakan segala kemahiran dan pengalaman di ‘kembara’ sebagai taruhan untuk
watak utama membuat keputusan sekali lagi untuk mencapai puncak watak di babak
ketiga.
Babak ketiga adalah klimaks
cerita dimana watak utama perlu berdepan dengan masalah cerita dan seterusnya
mencapai puncak watak dan menyampaikan tema dan mesej cerita kepada penonton.
Kedua dua matlamat boleh tercapai atau tidak tercapai.
Ulasan