Cerita Pendek
Jika penceritaan adalah bidang
anda, benda yang sama juga perlu dibuat, tulis apa yang anda tahu dan jangan
terlalu bercita-cita tinggi bagi usaha pertama anda. Sebelum mula menulis,
perhatikan persekitaran kamu apa yang kamu boleh catit dan rakam, keperluan
lain seperti pelakon, prop dan lokasi.
Bekerja dengan tanda aras begini
dapat membantu mengembangkan imaginasi dan mampu memberi kejutan.
Cabarannya adalah had masa, dan
ianya satu ide yang baik untuk merancang masa tayangan sebelum kamu mula. Tak
perlu tepat sangat, sekadar sebagai rujukan tetapi merancang untuk ‘tidak lebih dari’ dan ‘tidak kurang dari ‘masa tayangan akan
membantu anda menjadi seorang yang berdisiplin. Lebih baik kurang dari
terlebih.
Ianya lebih baik bila anda dapat
bercerita dalam 5 minit dari menunggu selama 15 minit untuk satu cerita yang
dibikin dengan teruk.
Dalam masa anda sedang mengumpul
ide/ilham, jangan risau kalau ianya keterlaluan. Tiada apa yang lebih baik dari
apa yang telah anda buat dan akhirnya segala terjemahan dan visi ide anda itu
akan menjadi sesuatu yang unik.
Paling penting adalah bagaimana
mahu mula, belajar dari sepanjang pengumpulan ide dan selalu kritik setiap
tindakan anda.
-
Mengumpulkan Inspirasi
-
Setelah anda berjaya mengumpul ide pertama anda,
mulakan dengan mengumpul barang barang yang boleh dihubungkaitkan dengan ide
anda tadi untuk menginspirasi penceritaan anda. Pastikan anda menyimpan
penemuan anda didalam jurnal supaya nanti mudah untuk dicari.
-
Pengalaman adalah Raja!
-
Penulis yang baik akan sentiasa menjadikan
pengalaman hidupnya sebagai rujukan mendapat ide/ilham yang baik kerana penulis
sekurang kurang perlu ada pengalaman yang cuba disampaikan dalam ceritanya.
Jika tidak pernah merempit bagaimana penulis mahu menulis cerita tentang Mat
Rempit. Pengalaman menjadi Mat Rempit atau pernah melihat Mat Rempit adalah
sesuatu pengalaman yang berbeza.
Ulasan