Selasihku Sayang


hari ni 11 januari 2011 atau nak dipendekkan 11.1.11. 
cantik tak, sebab tu aku tulis nota ni nak simpan sebagai satu barang sejarah...
hahahaha...

-

kembali ke beberapa tahun kebelakang teringat kisah satu malam di tepian tembok rumah kedai berdekatan dengan ABC Lan rasa telor bersebelahan dgn kedai mamak kelantan bernama Hanif.

Kami bertiga duduk melepak sambil menyedut asap asap dan berbual.

Cik Amy Aziz adalah antara rakan dajal yang nampak nakal diluar tetapi didalam nauzubillah dan Cik Yusri Yusof yang ada darah darah pakistan yang aku syak selalu perasan hensem walhal dia adalah spesis bonsai rendang.

Mereka berdua ni spesis yang sama aku tinggi sket dari mereka berdua. Hubungan kami bertiga rasanya zaman sekolah takdelah rapat sgt dgn Si Amy Aziz ni sebab dia masuk SMUT masa tu Form 2, walhal aku dgn Yusri dari zaman SKUT dah saling kenal macam tu je, xdelah rapat sangat.

Entah macam dah jodoh rasanya, duduk satu taman mesti bersatu, kami bertiga adalah satu komplot budak nakal suka merambu malam. Yusri ni dulu selepas SPM antara belia benci dadah dan selalu berkumpulan dengan belia poyo taman aku, memasing suka dgn moto dan selalu konvoi kesana kemari dgn motor, mereka namakan kumpulan mereka Route 66.

Selepas tu macam musim durian mereka ni, bertukar kepada kereta pulak. Aku masa tu antara abang abang bujang yang hanay duduk mengopi mengulung rokok daun bersama askar pencen padahal kami sebaya tapi pergaulan aku dah tahap bakal jadi godfather masa tu.

Padahal lepak dgn askar pencen ni, aku selalu kerjanya mengetis dari abang abang yang selalu mabuk kepayang ni. Mengopi dan setelah merasakan cukup ketisan, aku belah dan lepak dgn posse aku utk malam tu.

Itu kisah pendek aku dan Yusri, tapi aku nak cerita pasal beberapa tahun kebelakang kisah satu malam di tepian tembok rumah kedai berdekatan dengan ABC Lan rasa telor bersebelahan dgn kedai mamak kelantan bernama Hanif.

Kami bertiga duduk melepak sambil menyedut asap asap dan berbual.

Cik Amy ni plak bekerja sebagai Peon di EPA, pakciknya adalah guru kelas aku yang kali pertama mengajar telah menumbuk dan menampar 2 pelajar sehingga bengong mereka berdua. Dia adalah bekas guru Henry Gurney dan dia juga menjadi guru disiplin kami disekolah masa tu.

Ramai pelajar yang protes cara dia mendisiplinkan pelajar, tapi aku tak layan hal budak budak ni, aku layan diri dan posse aku je time tu. Banyak jugaklah sejarah Cikgu Aziz ni yang meninggalkan kesan. Tapi Amy ni jenis telinga ada tahi lalat, bukan satu tapi mmg berlambak. tak boleh terguris sket mesti nak mengamuk je kerja.

Itu kisah pendek Cik Amy, tapi aku nak cerita pasal beberapa tahun kebelakang, kisah satu malam di tepian tembok rumah kedai berdekatan dengan ABC Lan rasa telor bersebelahan dgn kedai mamak kelantan bernama Hanif.

Kami bertiga duduk melepak sambil menyedut asap asap dan berbual.

Antara kami bertiga, aku lah yang paling senior dalam bab mengulung, ialah umur 12 tahun dah duduk dgn Abg Soljah, depa pencen aku dah nak habis sekolah, tapi masa ni Cik Amy mmg giler babas alagapas banyaklah stok, cik ubit ni plak tak habis habis dgn minta secubit, kejap kejap secubit, x sampai 5 minit minta lagi secubit sampailah Cik Amy ni rasa telinga dia panas, tapi sebab kami kawan yang pada masa tu sanggup je mati utk kawan Cik Amy tegur sinis je.

so setelah bertegang urat lebih kurang dgn mabuk kepayang terpacullah ayat ini ketika tu pasal cubit mencubit ni...

Aku
Kau ni yoyie, kejap kejap secubit, kejap secubit

Amy
cubit kau kang, cubit...cubitan aha...cubit cubitan

Aku
cubit cubit, cubitan, ciubit, ciubit...
(macam sesuai je rasa)
oklah yoyie mula hari ni...aku gelarkan kau Cik Ubit arr.

dan sehingga kini aku macam x percaya nama Cik Ubit yang tanpa sengaja aku berikan kepada kawan aku ni, melekat hingga sekarang.

Selamat Ulangtahun Yusri Selasihku Sayang.
hahahaha...

Ulasan

Catatan Popular