Wira Wira Kecil
Kasa, 25 anak orang asli yang berani, gagah dan berdedikasi baru sahaja menamatkan kursus induksi ATM dengan mendapat anugerah peserta terbaik dalam kursus menembak dan menjejak telah diserapkan kedalam sebuah kumpulan penjaga sempadan (border scout) di Sempadan Sarawak – Kalimantan bagi mengelakkan kemasukkan tentera Indonesia sewaktu berlakunya Konfrontasi.
Hari pertama Kasa didalam kumpulan, dia telah diberi tugasan mengikut kumpulannya masuk ke hutan bagi memantau keadaan sempadan dan ketika mengikuti kumpulannya masuk ke hutan, Kasa telah mempelajari beberapa teknik menjejak musuh dan penyembunyian diri sekiranya berlaku sesuatu dan ketika berada di hutan, ketua kumpulannya mendapati beberapa jejak musuh berada berdekatan dengan mereka. Dalam mereka menjejak musuh di sempadan Negara, mereka telah diserang hendap oleh musuh yang sememangnya sedang menunggu kehadiran mereka.
Salah seorang daripada ahli kumpulan Kasa mati dibunuh dan keadaan menjadi kacau bilau kerana mereka tidak tahu dari arah mana musuh menyerang. Seorang seorang secara bergilir mati dibunuh musuh yang tidak diketahui.
Sehinggalah tinggal Kasa dan ketuanya serta seorang dari ahli kumpulannya yang merasakan mereka sekarang ini adalah di pihak yang diburu, Kasa mengambil keputusan untuk mengunakan segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman untuk menjejak musuh yang tidak dapat dikesan mereka.
Mereka tiba di sebuah bukit dan mereka membina kubu pertahanan bagi menghadapi musuh dan ketika itu Kasa mendapat Jejak bahawa musuh yang dihadapinya itu bukanlah manusia tetapi sesuatu yang tidak dapat dikenali dan bukannya manusia.
Kasa mendapat tahu musuh itu berada berdekatan dengan mereka dan hanya menunggu masa untuk menamatkan nyawa mereka ketika dia memasang jerangkap samar yang diperbuat daripada kayu hutan dan terus memberitahu ketuanya namun dia dituduh gila oleh ketua dan rakannya yang seorang lagi.
Dalam mereka bertengkar menyatakan bahawa tiada makhluk asing dalm dunia ini rakannya telah ditangkap dihadapan mata mereka oleh suatu lembaga yang begitu besar dan rakannya itu dibunuh dihadapan mereka oleh lembaga tersebut. Kasa dan ketuanya bertindak dengan melepaskan tembakan namun tidak berlaku apa apa dan mereka berundur hingga ke akhirnya ketua dan Kasa berada didalam genggaman makhluk tersebut.
Kasa menikam makhluk tersebut namun tidak lut dan tanpa disengajakan ketuanya bertindak menikam bahagian atas makhluk tersebut dgn sebuah kayu akar runcing yang diberi oleh Kasa dan disitulah kelemahan makhluk itu namun ketuanya telah mati dan Kasa telah dicampak jauh hingga dia pengsan terdampar di sebuah kawasan berlumpur.
Makhluk itu meraung menjerit kesakitan dan kelihatan cecair kekuningan berkilau memenuhi ruang hutan. Kasa tersedar dan mendengar raungan makhluk tadi dan melihat cecair itu. Kasa menjejak makhluk melalui cecair tadi.
Kasa sudah mengetahui kelemahan makhluk tadi dan merancang untuk mengunakan akar kayu runcing sebagai senjata bagi membunuh makhluk itu. Kasa memasang beberapa jerangkap samar di sekitar bukit yang menjadi kubunya itu.
Setelah siap Kasa menjerit jerit memanggil Makhluk tadi agar berlawan dengannya dan tanpa disangka Kasa telah diserang dan Kasa dibelasah teruk oleh Makhluk itu tadi. Kasa sudah merasakan dia akan mati namun dengan semangat dan nafas yang tinggal sedikit dia telah berjaya memperdayakan makhluk itu untuk masuk kedalam kubunya yang oenuh dengan jerangkap samar.
Nyawa Kasa sudah berada dihujung tanduk dan ketika itulah makhluk itu terkena jerangkap samar yang dipasang Kasa dan sebelum nyawa makhluk itu tamat dia sempat mencabut akar kayu runcing dan menikam Kasa, namun dengan semangat yang masih ada, Kasa melepas semua jerangkap yang ada dan Kasa dan makhluk tadi mati dan matahari terbit melepaskan sinar suria menandakan hari yang baru kembali tanpa sesiapa dapat mengesan apa sebenarnya terjadi kepada wira wira kecil ini.
Ulasan