REVISITING CINEMA #43 : BALLERINA (25)

Dansa Neraka dalam Wicked Heel, (Edisi dendam, keluarga, api dan air)

Aku tak ingat aku tonton filem dimana, cuma yang aku ingat, kursi yang aku duduk ada magis, menggoncang setiap tembakan, al maklum ada ex-student pun suka John Wick, dia pun banjer, selamat bukan panggung yang siapkan selimut tu, mau au berkeruh mendendangkan soun efek lebih mencangam untuk filem ini. Lampu belum reda, aku sudah teringat kembali ke waktu aku menonton John Wick 3 di panggung yang sama, darah di lantai, suara gun-fu menggema. Kini, bintangnya bukan Wick, tapi seorang ballerina bernama Eve Macarro (Ana de Armas) yang berpusing-pusing antara pliƩ, pirouette dan peluru.



Setelah ayahnya dibunuh oleh kabilah pembunuh Eropah, Eve, gadis Ruska Roma yang dilatih sebagai ballerina pembunuh, mengambil misi balas dendam yang berlaku antara peristiwa John Wick 3 dan 4; kaki berjinjit stiletto, tangan memegang granat.

Len Wiseman dan jurukamera Romain Lacourbas tidak sekadar meniru sinema John Wick; mereka menambah lapisan neo-noir yang lebih feminine-savage. Palet utama: magenta elektrik, amber panas, dan cyan sejuk yang membelah adegan seperti pisau lipat. Setiap color pop berfungsi sebagai damage indicator, bila darah merah menyembur di dinding biru, mata kita terasa critical hit.

Philip Ivey (production design) mengubah set jadi arena: restoran Korea lebih mirip gladiator pit stainless steel, meja hot plate berubah menjadi griddle panas untuk finisher move. Kostum Tina Kalivas, tutu hitam dilapis kevlar, stiletto berduri, boleh jadi weapon slot yang baru dipasang. Lampu rim light ungu membingkai siluet Eve, tubuhnya seperti shadow puppet yang baru terlepas dari Wayang Kulit modern.

Dalam konteks dunia jenayah yang dicipta, dendam bukan sekadar plot, ia darah mengalir dalam urat cerita. Keluarga Ruska Roma menandakan anggota dengan tatu di belakang badan; kau mahu keluar, kau harus mati. Tiada jalan keluar. Eve terperangkap dalam tali pusat dendam dan darah. Aku, sebagai pembikin filem, lihat struktur ini jelas: anak perlu bebas, tapi bapak mahu anak kekal makan dari tangan dia. Bila bapak guna mak untuk nasihatkan anak, itu bukan nasihat, itu remote control ketakutan.



Perempuan ini (Eve) diasak, digomol, tenaga habis, tapi dia masih meminta ikhsan sang lagenda (Keanu/Wick) untuk tamatkan semuanya. Epik gila scene ini: api menari di mata, air menetes di pipi, dan kita tahu dalam neo-noir, air akhirnya menang atas api, homage halus pada Kurosawa.

Sistem pembunuhan “seek & destroy” yang beroperasi selama 200 tahun cuma sindiran: tiada ketua benar-benar duduk di kerusi kuasa; semua bersembunyi. Bila bapak mengerahkan anak-anak menjejak lagenda, dia sendiri ketakutan di belakang tirai. Apa jenis ketua yang begini?

Ana de Armas memainkan kemarahan wanita seperti api yang tidak mahu padam, lasak, tapi tidak pernah kehilangan kewanitaan. Tendang, pusing, tembak, semua ikut irama; bila dia berhenti, asap masih keluar dari stiletto. Persona ini bukan superhero; dia anak perempuan yang bapaknya mati kerana sistem, dan sistem itu masih hidup, menanti untuk ditebas lagi.



Aku keluar panggung dengan telinga berdengung dan tumit sakit, seolah aku juga menari. Aku ingat kawan askar lama aku, seorang perisik yang menyamar sebagai tukang kebun, dia pernah berkongsi cerita: “Kami dilatih untuk tidak menunjukkan senyuman, kerana senyuman boleh jadi kematian.” Eve Macarro ialah versi glam beliau: stiletto sebagai keris, pirouette sebagai taktik serangan. Aku senyap sepanjang jalan pulang, sebab aku tahu: dalam dunia Wick, tiada curtain call, hanya reload.

Dalam dunia di mana dendam diukir di atas pointe shoes, tiada yang berhenti menari, sampai musik habis, sampai musuh mati. Sistem akan kembang, dendam akan beranak, dan kita, penonton, akan terus menekan continue. Sebab dalam neo-noir, tiada game over, hanya permainan yang belum tamat.

Salut!
 
#revisitingcinema #senimanjalanan

Ulasan

Catatan Popular